Monday, November 9, 2009

From D

sendiri 1.

umi cikgu. ayah pensyarah. tok abah cikgu pencen. nenek cikgu mengaji. 7 drpd 9 org makcik2 juga cikgu.
dalam mukabuku yang melagha, bila dimasukkan gambar2 persekolahan, mula la buat reunion maya. salah satu gambar yang panas dikomen ialah gambar sewaktu Malam Restu Ilmu 2002, yang kami disebut nama dan cita-cita semasa naik-pentas-minta-restu nga muallim/ah. dan bila gambar tu ditengok hari ini, selepas 8tahun berlalu, apakah yang dah berlaku pada cita-cita kami, mereka dan kamu?
urm, ada yang jadi kapten kapal, sekarang belajar tentang enjin kapal. ada yang nak jadi jurutera, sekarang belajar perubatan, pergigian dan dah dapat lesen memandu kapal terbang. yang tu nak jadi angkasawan, tapi rutin sekarang main kuman kat makmal sepital. ehe, kata kat orang lak, cita-cita ciktim? eh, ada jugak yang berada di laluan yg lurus, 3 orang yang beria nak jadi doktor tu... cayalah~ dan yang nak jadi ustaz.. sekarang kat jordan. cita-cita saya? pendidik.

pekerjaan yang langsung tak glemer kan? tapi, saya pernah baca novel Semarak. best jadi cikgu. ni pun baru habis Kudong Impian Sekudusku. pasal cikgu juga.

hello~ saya nak jadi pendidik la.
bukan nak jadi cikgu.
bukan juga pensyarah.
bukan cikgu tadika.

bersambung~

ciktim: nak main ape ya?

0 cawan teh panas: