Cuti
Definisi cuti yang sudah berubah. Untuk kamu yang masih di alam belajar, untuk kamu yang berjauhan, untuk kamu yang kesibukan. Indah, tak sabar-sabar, mengujakan.
Rutin
Mingguan masih sama nak dibandingkan dengan bertahun-tahun kebelakangan. Kecuali pada ketentuan yang telah ditetapkan 7 bulan itu. Bulatan gembira. Atau simbol pada buku catatan kehidupan O:)
Berubah
Tak semua orang senang menerima perubahan. Untuk mata yang cuba mentafsir, perubahan demi perubahan, dengan sedikit iman di hati bertanya; Adakah Allah redha untuk semua ini? Itu yang paling penting sebenarnya.
Namun, naluri yang dihadiahkan Yang Maha Pencipta pada kita pasti akan terasa, indahnya kenangan pada waktu dulu.
Waktu Dulu
(i) berkawan. membina kenangan.belajar mencari kelainan persediaan menghadapi masa depan yang penuh pancaroba - KEX'05
(ii) kerana kenangan yang diraih dalam masa sekejap bagai dibukakan kelopak mata yang selama ini biasa terbuka, tetapi tidak pernah memahami dari sudut mata di sana. persoalan kenapa dan kenapa semakin membelit kaki yang sedang berjalanan. hidup ini perlu ada kejelasan. perlu berani menongkah arus, jika benar arus itu menongkah fitrah sunnatullah. apa lagi, perpisahan dari kelompok tersayang dan perbezaan persekitaran yang begitu memberikan sejuta satu pertanyaan.- undergrad uia
Sepanjang Minggu
(i) bertemu seseorang yang sangat rapat suatu Waktu Dulu. dari kecik barangkali. yang terpisah kerana ketentuan ALlah, dan kerana Allah juga kita bertemu. sangat terkesan dalam hati hingga terbawa-bawa dalam lena. Allah lebih tahu apa kesudahannya.
(ii) kerana sebuah perspektif yang baru diterima. kerana konteknya tiada dalam genggaman. semuanya bagai angin lalu. Allah kuatkanlah.
(iii) mengganti kelas seorang guru yang dikagumi. rasa tak percaya menguasai diri. hanya lagi bertambah, tidak mampu. tidak layak. dan tempat itu, mengundang memori bertahun-tahun lalu.
(iv) adik-adik petak gembira yang sudah habis tempoh bersama di sini. satu lagi sunnatullah terjadi. banana split. manis dan sejuk. semoga sentiasa aman dalam lindungan Allah.
(v) kursus asas perguruan. bersediakah menjadi lebih baik?
Kenal Pasti
Yang dihadapan, sedang menunggu sebuah kematian. Yang mengiringi kematian hanya tiga, amal soleh, sedekah jariah dan doa anak soleh. Hari ini jika sibujang yang tiada dalam aktivitinya bersedekah hanya tinggal padanya cuma amal soleh. Amal kita adakah soleh?
Jika terus menerus merasakan, berada di sana lebih baik. Berada dengan mereka di daerah sana lebih membaikkan. Tunggu mereka ada baru bersemangat. Bersama mereka lebih selamat.
Apakah semua ini. Hidup hari ini di sini, catatannya berterusan. Yang semalam telah tercatat. Mahu yang semalam saja dikira amal? Dan sekarang kita tanpa sengaja mengorek lubang di tengah jalan?
Sungguh, berada di kalangan orang bersemangat, kita akan sama-sama bersemangat. Tahu fakta itu, cari gelombang itu. Jangan pernah mengalah.
Anak Singa
Membesarlah kamu dengan aman. Serlah dirimu dengan warna-warna pelangi. Jangan takut bermain hujan. Selepas hujan, matahari akan terbit. Pergilah bermain, berlari, mengejar pelangi dari padang luas hingga ke hutan belantara jika itu jalan sampai ke kaki pelangi. Kita di sini kerana Allah yang rencanakan untuk kita. Bukan kerana dia, kau dan aku. Dia, kau dan aku hanyalah alat, bila Allah mahukan kita merasainya, apa jua bisa berlaku. Ketahuilah, ibu singa juga pernah menjadi anak singa. Begitulah kitarannya. Bukankah kita sedang berlari dalam kitaran itu?
MMSANJYHSRAASAHHZMASAM
Pasti kalian sibuk dengan laluan masing-masing. Semoga Allah bersama-sama kalian.Hanya itu yang mampu diucapkan. Moga tabah bersama kamu. Moga ditetapkan iman dan ikhlas dalam urusan kita. Moga dipermudahkan urusan. Moga disembuhkan segala kesakitan. Moga dihapuskan segala kesedihan. Moga di sisi kalian yang indah-indah belaka. Moga dikumpulkan di syurga nanti. Amin.
Akhir
Hidup baik-baik!!!
No comments:
Post a Comment