Saturday, December 29, 2012
Dua Belas yang Terindah
Lama tidak menyusun aksara di sini. Kerana apa ya? Sekadar senyum sendirian.
Dua Belas
Meninggalkan bumi kelahiran untuk kesekian kalinya. Tanpa diduga. Kembali semula ke daerah pencarian diri dengan status berbeza.
Sebelas
Tidak meneruskan kerjaya sebagai guru setelah tamat kontrak 30 November lepas. Sebab no dua belas.
Sepuluh
Dapat lesen besar memandu. Wii~ Masih bisa memandu manual. Perjalanan jauh sehingga kini KB-KL. Tapi tidaklah sepanjang perjalanan. 3-4 jam je.
Sembilan
Adik besar pergi Jordan. Perlu ke masukkan dia? Hehe.
Lapan
Pengsan dalam kelas. Masa mengajar. Indah jugak ke?
Tujuh
Merasa Hari Guru dengan seratus hadiah. Sekuntum bunga ros merah.
Enam
Menjadi seorang guru bahasa Inggeris untuk murid Tahun 2. Dan guru kelas kepada 3UK. Well, rasanya saya ingat semua nama anak murid saya. Subhanallah. Best la jadi cegu sekolah rendah.
Lima
Tiga bulatan gembira dalam masa seminggu :)
Empat
Majlis kawen yang paling simple dan meriah dengan kehadiran kawan-kawan yang baik, jauh dan dekat. Yang paling penting itu, terjaga segala syariat. Tiada berlebihan. Tiada yang semua orang ada. Still, jadi memori indah jugak.
Tiga
Beraya dengan seseorang yang bergelar suami. Iyah, pergi beraya di rumah sanak saudara sambil memperkenalkan menantu mereka yang seorang ini.
Dua
Keluar shopping dengan umi dan ayah semasa hari lahirku demi nak beli hadiah untuk bakal menantu. Bertiga je dengan umi ayah. Cam dah terdetik dah masa itu, is this last tim for me berjalan nga umi ayah. Hmm. Jarang kot bershopping dengan ayah. Dengan umi tuh biasa laa..
Satu
Belajar bercinta dan dicinta. Disatukan dengan belahan jiwa. Ohoi. Memang terindah la kan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment