Wednesday, March 13, 2013

Minggu ke 13

Ada aje yang 13 nye. Err.. bukan, tak de idea sebenarnya nak menulis. Tak yah kata nak blog, nak update status FB pun telan air liur.

Status di FB ada je benda baru. Isu PRU13. Isu Lahad Datu. Sampai satu tahap, rasa cannot-go dah baca dan baca input yang pelbagai. Weng~

Ini adalah pengaruh Lala yang menulis-cerita. Lalu, ter-klik butang blogger. Dan ada komen menyinggah jugak. Er, masih ya ada yang singgah ke tanah ini. Huu.. terharu. Entah mengapa, medan ini makin dipinggirkan.

Lalu, digagahkan juga jari jemari menyusun aksarara di sini. Mungkin ada beberapa sebab..

satu. masa tak lagi mencemburui kita. er. title kini surirumah sepenuh masa.

dua. amik feel permintaan ramai. oh. ini sungguh mustahil. gaya penuh kotak surat peminat merayu suruh update.  hm. ada kot seseorang yg bagi di hamparan shamrock nak baca. hihi.

atau tiga. respon kepada.. hm.  perubahan yang dialami. lepas satu satu perubahan mendadak dalam masa beberapa tahun ni.

ya. sejak tidak lagi bergelar pelajar. dari pelajar menjadi pekerja. kemudian surirumah. dari bujang dah jadi kepunyaan suami. dari  hanya isteri jadi ibu. subhanallah. semua berlaku dengan izin yang maha atas.

lantas dengan emosi bagai roller qcoaster.. banyak kali empangan rasa tumpah. saat sendirian. saat melewati status fb mereka yg ditinggalkan. terdetik di hati; adakah aku sedang ditapis?

saat bila mengenangkan, di sini tempat aku bertatih. jatuh dan rebah, aku tidak pernah mengalah. namun, selepas perpisahan demi perpisahan, apakah mungkin sosok yg sama ini masih menjadi sama?

ya. takut. ada ketakutan. ada juga harapan. tubuh kecil ini tiada kuasa luar biasa. hanya insan kerdil mengharungi langkah demi langkah. hanya mencari redha ilahi.

dan kaki kecil ini makin sempit langkahnya. nikmat kesihatan yang diuji. nikmat rasa yang semakin membebani jiwa. dan kenang

2 comments:

  1. meski zaman berubah, ayat masih sama. cantik dan teratur.

    Smoga Allah terus meminjam kuat untuk kamu Tim :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju2..
      dan betul juga..
      medan kian dipinggirkan.

      Delete