Saturday, June 1, 2013

kembali mengadu

fear and hope. tagline yang femes sepanjang minggu ni. err. saya tak main heshtag so tak tau la jadi trend ke tak.

pagi ni, perasaan tersentak dengan fear and hope. hmm. menangis-nangis.

betul. bila perasaan takut dengan pelbagai kemungkinan seperti dengan keadaan saya sekarang, sebuah harapan sedikit sebanyak mengindahkan rasa.

betul juga. bila terlalu tinggi harapan, dan tiba-tiba dijelmakan dengan sebuah ketakutan, kita akan lebih berwaspada.

ubat bagi saya secara peribadi, persediaan. bagaimana dengan persediaan kita menghadapi segala yang tak ternampakkan. kemampuan yang ada hanyalah sekarang. sekarang bagaimana? bersediakah?

air mata menitis kerana sekarang. jalan lambat-lambat. kerahan tenaga tidak sekeras dulu. alangkah..

banyak kali berkongsi cerita, demi untuk mencari ibrah di sebalik cerita mereka. banyak juga baca tulisan-tulisan yang berbicara. makin banyak dikorek.. makin banyak tak buat lagi. takuuuutt..

bismillah. yang penting dah usaha. sekali takut, sekali kita kembali mengadu. sesekali berharap, moga berkali-kali kita mengadu. tetap kembali mengadu.

rasa tenang lepas mengadu, takkan sama dengan berharap supaya orang faham..

No comments:

Post a Comment