si kecil muhammad suka sangat menjadi ekor kepada umi. pantang umi gerak, mesti dia mengekor jugak.
tapi, disedari si kecil ini takut dengan orang ramai. dia nak umi je. ingat masa kenduri adik umi awal bulan lalu, tetamu beratus-ratus, dia tegar bermain drama denganku. sehingga digertak oleh seorang pakcik rasanya hulubalang mak andam raja sehari hari tersebut. kata pakcik itu; "gi balai polis nak?"
si kecil jeling padaku. dia makin geram dengan kakak dia ini. kesabaran si kakak pun sudah terbang hilang di tengah ramai tetamu yang datang. melihat kerenah anak-anak sepupuku tidaklah begitu mencabar si kecil ini. dia mahukan umi. umi pula jurudapur makanan pengantin bersama dayang-dayang (baca: kakandanya) lain. tinggal si kakak ini sahaja yang mahu melayani kerenahnya.
akhirnya, dia penat berdrama. si kecil tertidur di kerusi di bahagian tempat makan perempuan. betul-betul di depan pintu yang mana kata si kakak akan nampak umi lalu di situ. keletahnya mengundang simpati tetamu lain. heh. bukan masanya nak kesian, angin budak kecik ni memang lain macam. adikku buah hati umi ayah yang kesepuluh~
jika masuk ke kedai si kakak akan berpesan, "jangan nak beli macam-macam." biasanya, dalam kereta dah buat senarai apa yang nak dibeli, nanti dalam kedai, semua benda dia nak. nanti bila si kakak atau si abang mengambil barang yang tak disebut dalam kereta, dia akan sebut; "dia beli tu tak pe". kakak bijak membalas; "suka ati la, bukan duit adik pun." si kecil cepat belajar; "hek eleh macam adik tak tau, umi yang masukkan duit dalam bank dia." tepuk dahi.
kan dia suka mengekor umi. semua aktiviti umi dia tahu. transfer duit pada kakak-kakaknya. beli tiket bas kakak-kakaknya. beli pampers si kecil. kelas tusyen umi. kelas arab umi. miting dan sebagainya.
bila umi masuk rumah, dia akan ikut umi sampai umi letak handbag. "umi, nak chocolate." walaupun waktu itu, dia baru lepas minum air horlick!
satu pagi yang hening jadi bising, uniform tadika si kecil tidak ada. dia ke tadika pakai baju sukan. balik sekolah, dalam begnya ada sepasang uniform baru. kata cikgu tadika; "dia kata umi suruh beli baju baru sebab baju dia hilang." oh, adik yang proaktif!
sebab dia tak suka keluar rumah, tv dia yang kawal. kecuali hari sabtu, sebab enam hari dia dah tengok sorang-sorang, dia kena bertoleransi pada hari sabtu. comelkan?
hari ini dia merengek, sakit gigi. si kakak menyuruhnya supaya memberus gigi. keluar tandas, muka berseri. kemudian dia datang lagi, sakit di bahagian kemaluannya. disuruh dia membuang air kecil. oh, si kecil yang nampak berdikari ni masih perlukan pengawasan optimum.
semoga si kecil membesar dengan penuh kasih sayang dari ayahanda bonda dan 9 kekanda ini dan aman damai.
No comments:
Post a Comment