Home Sweet Home v1
Alhamdulillah, dapat berkumpul dengan sekalian sahabat-sahabat yang sedang bercuti. Cumanya, promosi dan penyertaan kurang memberangsangkan. Pertama kali bergabung tenaga kembali dengan adik-beradik-besar. Dulu-dulu semangat kami bila berprogram sesama kami je. Sekarang, ada tanggungjawab lebih besar dari nak selamatkan diri sendiri. Berkumpul dengan Syah CR dan Nab As. Menggamit kenangan kepada geng-sekepala-sehati-sejiwa. Cepatla cik-kak-cik-kak sekalian pulang ke tanah air. Sangat mahu berkumpul sekali lagi.
Ada ice-breaking. Tulis first impression kita pada kenalan baru. Saya lebih senang menulis apa yang saya nampak. Senyuman manis, comel, coklat yummy, keibuan.. dan saya dapat, nampak sombong. Ngerti. Ngerti. Menyedari fizikal sendiri agak gloomy and bold. Salahkan pada waktu pagi kerana saya seorang yang petang.
Aktiviti lain main lukis-lukis.Seronok. Sebab, saya tak pandai lukis. Hehe. Saya namakan dia Kamera Berkarat yang diajarkan oleh adik-amirah-SyidahM semasa MUDAH'11.
Tusyen Rakyat SK Kutan
Kali ini saya ambil subjek English. Kelas pertama saya sudah tidak mampu nak mengajar. Sebab, jiwa saya tak suka mengajar. err.. Kelas kedua terakhir, separuh kelas tidak hadir. Hanya 3 orang pelajar perempuan. Saya mengajar secara tidak langsung kerana saya mengajak mereka bermain kuiz. Yang diakhirnya saya dipulaukan oleh kumpulan SmartReader-yang-banyak-cakap-dan-tak-puas-hati-markah-mereka-ditolak. Lucu la kerenah mereka. Bukan kumpulan lain tak bising, tapi bising mereka tak mengganggu kumpulan lain. Atau telinga saya bermasalah?
Lagi terasa nak guling-guling, budak comel merajuk tu elok-elok bermain jongkang-jongket nga saya waktu explorace. Kanak-kanak tak cukup perhatian je kot. Waktu explorace, saya ditugaskan oleh Bos-Program untuk menjaga CP English. Main-main dengan kanak-kanak ni, saya minta mereka nyanyikan lagu bahasa Inggeris depan saya. Istilah main-main itu sebenarnya membuka mata saya bahawa tahap kesedaran mereka tentang BI sangat sedikit. Oh, saya terpinga-pinga.
Akhirnya hampir 3-4 kumpulan yang menyanyikan lagu Happy Birthday kepada saya pada bukan hari lahir saya. Sangat menghiburkan hati. Ada satu kumpulan menghantar wakil untuk menyanyikan lagu Bieber- Never Say Never. Buat saya terdiam. Yang lain, mempersembahkan lagu Old McDonald Have A Farm dan Twinkle Twinkle. Bukan satu rangkap, tetapi satu baris yang diulang tiga kali. Cukup menghiburkan hati.
Disebabkan kesuntukan masa, 3 kumpulan tak dibenarkan menyanyi.
Caliphs Junior Camp
Kem untuk kanak-kanak berumur 10-12 tahun. Saya terlibat sebagai Ketua Fasilitator. Akhirnya, peserta kem melibatkan kanak-kanak berumur 8-13 tahun. Subhanallah.
Saya lebih banyak memantau keseluruhan program. Awal-awal lagi saya perlu mengumpulkan fasilitator yang hadir. Alhamdulillah ada 11-12 orang fasi. Pengalaman yang tak tau nak diungkapkan bagaimana.. tetapi agak rasa penat nak tukar-tukarkan diri kita menjadi seorang yang lepasan remaja untuk disesuaikan dengan kanak-kanak sekolah rendah.
Semasa bermain Explorace Caliphs Junior memang mencabar mental saya. CP untuk adik-adik adalah nama abang-kakak fasi. Kiranya nak ujila mereka ingatkan nama fasi mereka.
Sekali;
Adik Peserta: Kakaaak!
Saya: Ye saya. (berhenti berjalan)
Adik Peserta: Kakak kenal tak Abang Mat. (bersungguh-sungguh)
Saya: (tak ingat awalnya) Erm. Kenapa?
Adik Peserta: Kami nak cari Abang Mat.
Saya: (tunjuk pada fasi di tepi pagar. pantas mereka berlari ke sana)
Saya meneruskan tugasan saya sebagai runner.
Kemudian, terserempak lagi dengan kumpulan tadi.
Adik Peserta: Kak Tim, dia bukan abang Mat.
Saya: (memandang beliau yg kusangka Mat. Keliru sendiri.) Akak pun tak ingatlah, tapi masa solat subuh tadi dia pakai baju merah.
Adik Peserta: Sekarang?
Saya: Tak tau (spontan)
Mereka berlalu dengan perasaan geram.
Saya memanggil mereka suruh tanya klu dengan CP sebelumnya.
Rupa-rupanya, si Mat memang sengaja mengusik mereka. Aduhai.
Cerita barang amanah pula, sebelum ECJ dimulakan, mereka dikehendaki menjaga barang amanah. Hanya Kem Komandan yang boleh minta barang amanah mereka. Selain dari beliau, adik-adik tidak dibenarkan sama sekali untuk memberikan barang amanah mereka kepada orang lain.
Tetapi, pada awal-awal lagi kanak-kanak ini diprovok dan sangat mudah diperdayakan oleh fasi-fasi bertugas. Saya hanya mampu menggeleng dari jauh melihat keletah fasi yang seronok melayani adik-adik.
Ada satu masa,
Fasi: Ni dari CP mana?
Adik Peserta: Dari CP Abang Naim.
Fasi: Nak ke CP mana?
Adik Peserta: CP Kak Izzah.
Fasi: Ni CP apa?
Adik Peserta: CP Kak E-mah.
(doh) Tepuk dahi oh!
Pusing lagi, ada satu CP yang ada empat kumpulan menunggu. Maka saya pergi bertanya satu persatu kumpulan yang menunggu. Fasi belum bagitahu CP seterusnya tapi dah gerak. Oh! Comella adik-adik lil caliph ni.
Mereka sangat bersemangat. Bangkit seawal 4 pagi sehingga 2 petang belum penat. Apabila menjelang senja, mereka mula merengek. Penat yang tak dapat diluahkan. Allahu akbar. Mahunya menjadi tidak letih seperti mereka. Saya mula menghitung umur sendiri.. err.
Selepas riadhah. Saya menjangkakan untuk menerima aduan-aduan yang bermacam-macam. Handset hilang; yang sebenarnya disembunyikan fasi. Alahai~ Muntah-muntah. Kerana bermain war game dengan penuh semangat dan menjerit tak ingat kat tepian pantai. Adikku~ Direhatkan! Hidung berdarah. Panas sangat. Sakit perut. Selipar hilang!!! Gempar, ada peserta menangis di luar surau kerana selipar hilang!!! Hadoi~
Kemuncak modul CJC, hud-hud. Saya berkeras mahu adik-adik lalui modul ini. Bukan mengharap kesan untuk esok tetapi kesan jangka masa panjang. Sehingga mereka dewasa! Insya Allah Amin~ Malam ini, sekali lagi saya bertindak mengawal keadaan fasi sekalian yang seronok mengusik adik-adik. Mereka diletakkan bersendirian dengan mata tertutup.
Keadaan terkawal. Kebanyakan adik-adik sedang berzikir dan mengalunkan ayat-ayat al Quran yang mereka hafal. Fasi bertugas dan tetamu jemputan terus mengacau mereka. Ada beberapa senario yang menarik perhatian saya, ada peserta lelaki yang mata tertutup melawan fasi yang mengusiknya. Dia kejar fasi tu, saya bimbang yang ditutup mata akan terlanggar kawan-kawan yang sedang duduk bertebaran. Tiba-tiba si peserta membuka kain penutup mata, dan si fasi membawanya ke dorm. Ah, si adik mahu terkencing rupanya.. boleh tak saya gelak?
Babak menangis tak ketinggalan. Ada dua peserta yang menangis ketakutan sangat.. yang dikacau oleh adik beradik kandung sendiri.. Subhanallah. Geleng kepala dari jauh..
Dah berakhir.
hahaha!
ReplyDeletehaha macam2 karenah! aktif betul tim ni ye. jadi fasi untuk budak2 (yang baru nak masuk alam remaja) pulak tu. mesti susah nak handle banding budak2 lepasan spm.
ReplyDeleteps-diya perasan list tim kat sebelah ni masih guna url blog diya yg lama. diya dah tukar url ;)
syema'; gelak utk cite manekah? :P
ReplyDeletediya; hehe. menganggur lagi.. buat keje volunteer je :D
aps-hoh, patutla tidak naik updet :P
si adik mahu terkencing rupenya...kite pon tergelak samee..huhu
ReplyDeleteyusra; kite lagi la suspen. keadaan sunyi dan gelap. susah nak paham situasi tanpa perbualan.. pakai bahasa isyarat badan je. hehe :D
ReplyDeleteuntuk sume! :D
ReplyDeletefasi fasi... *sambil geleng kepala*
memang seronok menyakat adik2.. haha