Thursday, October 6, 2011

Kelas Kesayangan

Selasa berlalu dengan ... [tanpa perkataan yang sesuai]

Semua kelas minggu ini, ada tazkirah. Err, tempoh menjadi guru yang baik dan biar je apa yang diorang nak buat sudah berakhir.

Sekarang, fokus nak berdepan dengan peperiksaan akhir tahun. Urgh.. Jadi seram pula pada pencapaian mereka, bila tahu sangat sedikit baru disuapkan pada mereka. Perhimpunan pagi minggu ini memang dah sebut pasal pencapaian peperiksaan akhir tahun akan menentukan keadaan mereka untuk tahun depan.

Rasa tak leh nak duduk diam. Rasa tak cukup masa nak tidur. Urgh~ Ala-ala saya pula yang akan menghadapi peperiksaan akhir.

Sebenarnya ada lagi faktor yang buat jadi cenggitu. Redha je lah. Usaha yang terbaik. Doa jangan dilupakan!

Minggu ini juga mingguan rampasan alat yang dijadikan permainan oleh anak-anak ini. Keychain bola, bila disepak jadi bola akan dirampas. Tapi anak-anak ini memang tak perlukan bola untuk disepak, mereka akan sepak segala mende yang berdekatan termasuk kawan-kawan dia.

Hah! Tadi, rekod menangis kelas Ali telah dipecahkan. Err, tak ada kaitan dengan saya pun. Mereka main sama-sama sendiri. Semua kelas saya masuk dah menangis setakat ni. Hebat tak? Huhu~

Dan, saya masih menyuruh kelas kesayangan ini keluar kelas walaupun sudah diberi amaran baik. Err. Susah la nak bagi tahu, hanya 6 orang sahaja yang siap kerja yang saya suruh buat! Apa makna belajar bila tak menulis? Sungguh, saya hanya ikut rentak mereka. Mereka yang tak mahu belajar dalam kelas yang ada kipas, berkerusi dan meja. Buktinya tadi, mereka berjaya siapkan kerja. Ada seorang tu, siap melukis lagi. Comel la diorang ni.

Heh, saya berjaya menjatuhkan ego si anak yang sukakan perhatian. Aktiviti tadi, hafal perkataan dalam masa lima minit. Si anak yang sukakan perhatian ini, dengan malas, langsung tak berusaha. Dia menyangka kawannya yang tak pandai membaca itu akan sama level dengannya. Dengan senang dia akan menjawab pada guru yang kiut miut ini, si tak pandai membaca itu pun sama.

Namun, perkiraan dia silap. Merah mukanya tadi. Mata terkebil-kebil bila saya umum, si anak yang belum dapat mengenal huruf itu berjaya menghafal tiga perkataan. Err.. Apa nak buat selepas ini? 

Mereka makin suka pegang pensel. Mereka tak lagi tinggal buku sekolah. Walaupun telinga mereka macam tertinggal di suatu tempat.. Tapi, hati mereka bersih dan suci. Pesan apa-apa mudah aje lekat.

Yeah. Betul! Saya tak dengar mereka mencarut dengan kerap dalam kelas tadi! Allahu akbar!! 

Semoga mereka membesar dengan aman. Jadi pejuang islam seperti yang mereka cita-citakan! Doakan mereka tahu!

f's: minggu depan cuti konvo dua hari :S

1 comment:

  1. LIKE post ni! :) moga semuanya dipermudahkan!

    akak, bila sampai gombak? :DD

    ReplyDelete