Wednesday, October 26, 2011

Susunan yang Bertingkat

rutin sedang berubah sekali lagi. dan, cuaca juga sedang beralih. hujan adalah rahmat. tiba-tiba sedang mengajar, hujan mencurah dengan lebat. saya selalu teruja pada hujan berhenti mengajar. subhanallah. kembali bertapak pada kelas. saya meminta semua menadah tangan untuk membacakan doa ketika hujan turun. mereka hilang tumpuan. bacaan pertama, doa makan. bacaan kedua tasbih kafarah, bacaan ketiga doa belajar. 

maka, saya bukak topi guru bahasa inggeris, ambil topi guru akhlak. selepas mengaminkan bacaan doa ketika hujan turun, seorang yang agak nakal memandang ke luar kelas, 'teacher, hujan tak berhenti pun." saya rasa nak tepuk dahi sendiri. 

"bila masa teacher kata, kalau baca doa, hujan akan berhenti." si anak angkat bahu. saya menyambung, "doa yang kita baca tadi bermaksud, ya Allah, jadikanlah hujan yang turun ini hujan yang bermanfaat." si anak tadi membulatkan bibirnya. saya kembali meneruskan pengajaran.

politik tempat kerja yang semakin rumit untuk difahami. tidak tahu akan berpihak kepada puak-puak yang wujud atau terus bertahan bagai tidak punya mata, telinga dan hati. hanya terbit dalam hati, kesedihan dan kebimbangan pada anak-anak didikan yang ada.

bergaya sekali pun memegang jawatan, saya terpaksa akur yang nanti di hari pengadilan, kita akan disoal dengan bergaya juga! saya pilih untuk bertahan.

peperiksaan akhir tahun sudah bermula. ujian lisan bermula lebih awal. tetapi saya ketinggalan. cikgu baru katakan. saya sibuk! saya tenggelam dalam dunia sendiri.

ada sesuatu yang kita nak sangat.. lama menunggu nak dapat.. bila di depan mata, kita jadi tersipu-sipu. oh, hidup ini sangat sekejap!

1 comment: