Saturday, November 19, 2011

Melody or Parody...

wait!
*saya rindu diri saya yang menyusun aksara di sini*

cuti sekolah sedang bermula. banyak sangat perkara dah berlaku yang ingat dan diniatkan nak dimasukkan di sini. tetapi begitulah, berangan itu sangat mudah. lagi mudah dari makan.

mula-mula cerita sekolah dan murid-murid.
beberapa minggu nak ke peperiksaan akhir tahun, tahap cuak jadi asyik warna merah. kerana ketinggalan dari sudut silibus. apa pentingnya pada silibus? untuk periksa sahaja pun. oh, saya dapat perasaan bersalah jika saya tidak pernah mengajar beberapa tajuk yang ada kemudian, soalan akhir tahun keluar berkenaan itu. saya tak mampu nak menzalimi orang lain. walaupun untuk anak-anak kecil ini.

boleh faham tak, yang tanggungjawab itu akan dipersoalkan?

saya yang tak punya pengalaman, hanya sedikit akal, saya cuba juga untuk buat latih tubi. huhu. belajar pun tak, buat latih tubi pula. oh, lagipun hanya subjek bahasa je kan? oh. oh.

saya mengalah pada masa. saya dah cuba, yang lagi penting saya ingin melihat perkembangan anak-anak ini. apa gunanya saya habis silibus, tapi mereka masih dengan sikap suka meniru, paksa orang lain buat kerja, dan tidak menyiapkan kerja dalam masa yang diberikan. saya takut untuk membiarkan mereka selesa sebegitu.

memang untuk kelas ali abi talib yang semuanya anak-anak lelaki, kesabaran saya teruji. sangat. saya rasa saya tak layak mengajar mereka kerana mereka perlukan guru yang lebih hebat dari saya. namun, saya sedar sesuatu, apa pun yang mereka buat, mereka tetap masih kanak-kanak yang masih belum mempunyai tahap aqil-baligh-rasyid.

subhanallah, semasa peperiksaan akhir tahun, saya sendiri bertugas menjaga kertas saya. kesiannya.. betapa mereka berusaha bersungguh nak jawab soalan yang mereka tak faham itu. dalam hati, kenapa wahai anak-anak, semasa aku sedang bersedia dan boleh mengajar, kamu tidak punya semangat sebegini? dugaan untukku. ada hikmah yang perlu saya gali sendiri.

alhamdulillah, soalan tempoh hari tidak begitu menakutkan. kurang dari saya bayangkan. bayangan saya pun dari kertas peperiksaan pertengahan tahun yang masa tu, saya masih belum bergelar sebagai guru.

saya bersyukur sangat, ada dua orang yang mendapat markah yang baik dalam kelas ali abi talib. alhamdulillah rabbil-alamin.

kisahnya, sebelum ... sambung nanti.

No comments:

Post a Comment