talian mobile fon belum dibuka. belum mahu dibuka. belum bersedia.
hari ini terlalu banyak bezanya dari semalam. sangat. walaupun semalam, sudah banyak kali berpesan, tabahkan hati untuk hari esok!
dari alam belajar, ke alam bekerja. satu perkara yang belum singgah tetap dalam hati, kerja untuk mendapat gaji. mungkin jiwa keperempuanan yang sangat menebal, bukan urusannya untuk mengejar harta dunia. semuanya akan diberikan oleh yang memegang amanah. patut kah?
abaikan jiwa itu. bila hidup untuk makan. bila kerja untuk gaji. dan politik tempat kerja yang berselirat. atau, apakah harga salinan sijil yang dikepilkan bersama? sekadar melayakkan untuk memohon jawatan atau untuk riyak?
bertanya bukan mahu jawapan. heh.
rasanya, doa semasa mengumpul sijil-sijil itu sudah makbul. alhamdulillah.
pengalaman pun penuh kotak. konon nak banding dengan sijil penuh file?
ah, adik-adik.. waktu kita beraktiviti semasa belajar, penasihat kita selalu berpesan pada kita, kutiplah pengalaman sepanjang beraktiviti di sini, belajarlah sebanyak mungkin ilmu-ilmu-bersama-manusia di sini. mudah-mudahan menjadi bekalan di alam kerja nanti.
tipu! orang di alam kerja hanya pandang pada gaji!!! hanya kesah pada apa yang mereka akan dapat jika mereka buat ini dan itu. sisi-sisi manusiawi mereka tinggal di sekolah mereka.
menakutkan, kan?
baru beberapa bulan. janganlah takutkan adik-adik dengan cerita begini. err.. hanya meletak papan tanda. apa lagi di musim ekonomi dilanda ribut. semua orang sibuk mengira berapa yang dia ada dan akan dapat.
boleh tak nak pejam mata. mimpi balik ke suatu masa dulu.. penat lelah, tak lalu makan, berlari ke sana sini, tak ingat tidur.. bukan sebab nak makan besar. bukan sebab nak tidur lena. bukan sebab nak tunjuk hebat.
kerana tanggungjawab lagi banyak dari masa..
![]() |
| dunia, jangan kau masuk dalam hatiku.. sekadar di tangan sajalah kamu... |

No comments:
Post a Comment