semasa bercerita dengan seorang teman kepada adik, atau mungkin adik kepada seorang teman, kakak mahu terus menjadi guru. dia yang baru dua tahun meninggalkan alam persekolah terasa masih dekat dengan alam ini. dan, sokongannya terus terserap dalam diri.
habis musim peperiksaan bertulis, sedang elok dengan raya eid adha. khamis sebelum raya, tugasan menanda kertas telah selesai dengan pelbagai pembetulan. pembetulan dari guru berpengalaman kepada guru baru menimba pengalaman.
ujian lisan pula. tahukan diri sendiri tak mampu membuat dua kerja dalam satu masa. sedar-sedar pula hanya 6 hari lagi masa persekolahan. ada program nasional pula pada hujung minggu terakhir sebelum bercuti. sesak. sesak. sesak jadi kepala ini. semoga Allah mengganjari setiap apa yang berlaku. oh ikhlas datanglah bertamu.
minggu akhir jadinya minggu segala majlis penutup. nah, guru baru, awak tolong buat latihan untuk coral speaking yeah! untuk bila? untuk esok. senyuman meleret penuh makna. mahu pengsan boleh tak?
ujian lisan mereka punyalah banyak rintangan perlu direntasi. ini mahu buat coral speaking. hey, jangan perlekehkan mereka! ampun. tak bermaksud. jadual saya padat. saya yang rasa tak sanggup.
bermula 11:15 pagi mereka diberi skrip. berlatih cara membaca, lontaran suara. gaya saya minta jangan dikisahkan sangat. kesian mereka. 8:30 pagi keesokan harinya mereka naik pentas.
politik tempat kerja yang sangat tidak sehat. hanya itu yang tergumam dalam hati.
walaubagaimanapun, saya jatuh cinta pada semangat mereka. mereka hafal skrip itu! mereka bersuara. mereka berjaya buat saya tersenyum. tahniah, puteri-puteriku.
ya, jiwa anak-anak zaman ini suka ke depan. suka menjadi tontonan. bukan seperti zaman saya lebih 10 tahun lepas. baiklah, menerima pesanan dengan jelas!
ketika jamuan kelas. kelas tahun dua. saya bagi aktiviti menyanyi di depan kelas. sila ambil no giliran dengan cepat. 10 angka tercabut, maka 10 lagu dinyanyikan anak-anak ini. oh. kuatnya pengaruh hedonisme dalam jiwa anak didikku. yang dengan lagu maher zain tidak memberi nanah padaku, ini lagi cinta-di-mu-ka-bu-ku. oh, saya tepuk dahi yang sepatutnya tepuk tangan.
tiba-tiba saya diajak mengiringi pelajar tahun 6 keluar sekolah. sememangnya saya kurang gembira pada hari itu. setelah mendapat izin dari guru besar, saya menyertai mereka. sampai di tempat yang dituju. allahu akbar. mereka mahu mendaki rupanya. hei, saya dalam uniform seorang guru! o lalala~ baju kurung merah. tas tangan. paling penting kasut tumit. kata si teman, tak usah naik! hu~ mana mungkin! selamat tinggal!
hari ke-17 itu hari tamat kontrak. seperti yang saya sebut di atas. saya mahu terus..
No comments:
Post a Comment