(Orang-orang yang ingkar itu) tidak menunggu melainkan kedatangan (azab) Allah kepada mereka dalam lindungan-lindungan awan, bersama-sama dengan malaikat (yang menjalankannya), padahal telah pun diputuskan perkara itu (balasan azab yang menimpa mereka); dan kepada Allah jua kembalinya segala urusan. (Al-Baqarah: 210)
Tanya pada si penerima pesanan, berapa banyak keluhan demi keluhan yang singgah dalam peti pesanan mereka. Keluhan yang tak didengari. Yang lama kelamaan memakan diri. Sungguh terasa sangat.
Nah, banyak hari, banyak minggu sudah mengejek diri sendiri, bila nak bangkit? Bila nak baik? Bila nak pulih?
Tiada jawapan pasti. Cuma ada ketakutan, andai mati dalam keadaan begini, bukankah rugi? Masa yang kerugian. Tenaga yang kerugian.
Air mata mengalir setitik. Semoga hari esok lebih baik. Berharap! Dengan sangat!
Mengapa rasa sendiri? Rasa itu hadir kerana...
Sudah-sudahlah mencari alasan.
Hidupkan hatimu!
Si adik itu berkata, saya ingin rasa hidup. Saya ingin rasa Tuhan dekat dengan saya. Saya ingin hidup kerana Tuhan. Hati yang mendengar terasa dilanda gempa. Bagai ditampar oleh si adik. Adik yang sangat muda berkata sedemikian. Sungguh mengetuk hati.
Sedikit demi sedikit ikatan pada kaki dan tangan terurai. Jangan duduk sahaja.
Hari ini, tetamu Allah hadir bercerita tentang keadaan di Syria.
Mata yang mana yang tidak dapat melihat? Memang tak dapat dilihat kerana tidak ditunjukkan. Keadaan sebenar di Syria disembunyikan! Masjid diruntuhkan. Orang awam dihalalkan bunuh. Tidak kira perempuan, kanak-kanak apa lagi pemuda lelaki. Hospital dan doktor diserang.
Alangkah! Alangkah...
Cukup-cukuplah rasa sendiri. Kerana umat islam masih dizalimi. Kita tak cukup masa nak dibelai, dimanja.. Hidupkan hati wahai pemuda. Hidupkan hati kita. Amal nawafil jangan tinggal. Dekatkan diri dengan Allah, insya Allah hati kita makin hidup.
"Ya Allah, kami letakkan Kamu di batang leher musuh kami, dan kami berlindung dengan-Mu dari kejahatan mereka, Ya Allah leburkan kumpulan mereka, kacau-bilaukan persatuan mereka, cerai-beraikan pakatan mereka, goncangkan pendirian mereka, hantarkan anjing2 kam ke atas mereka, wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Tuhan Yang Bersifat Murka, Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah, wahai Tuhan Yang Menurunkan Al-Quran, wahai Tuhan Yang Mengarakkan Awan, wahai Tuhan Yang Menewaskan Bala Tentera Ahzab, kalahkan mereka, menangkanlah kami ke atas mereka"

No comments:
Post a Comment