Cerita yang kelapan sampai sekarang tiada sambungan. Padahal hari-hari mengajar baru lepas 12 hari. Dan saya rasa... sangat berbeza berbanding hari-hari sebelum ini.
Tugasan mendidik murid-murid berumur 8 tahun memang sesuatu yang tak tercapai oleh otak saya. Mungkin saya akan menghadapi segalanya dengan.. tenang atau resah gelisah.
Sedang mengurus rutin yang lebih mencabar dari rutin bergelar pelajar dulu. Semestinyakan?
Masa sangat singkat. Tiada masa nak menatap buku dan novel seperti dulu. Dan, pesanan yang singgah di peti masuk juga ada masanya menggusarkan yang di sana. Tiada berbalas. Sungguh, tidak sempat fikir pun. Jika rasa aulwiyaatnya rendah dan tidak segera, maka akan hilang bagai angin lalu.
Semoga makin tabah hari demi hari. Belajarlah menerima perubahan dengan hati terbuka. Dan, tajdid selalu agar ikhlas tidak dipinggirkan!

chaiyok2. mencabar jgk ye nk mengajar bdak2 darjah 2. sume tgh aktif2 lg. hehe. anyway cikgu mengajar kat mana ye?
ReplyDeleteMr Leprechaun: sangat-sangat-sangat-sangat mencabar!!! semoga masih ada stok kesabaran untuk saya. mungkin kena topup sabar dengan segera dan banyak! saya mengajar di sekolah swasta tersohor di kb ;D
ReplyDeletehhmmm.. sekolah rendah la kan? sekolah swasta tersohor di kb? mcm tau je ni.. apa yek nama dia.. dekat telipot tu kan.. oh yeah, sri aman kan? hehe. dah lama ke mengajar kat situ?
ReplyDeleteSubhanallah! Sohor sungguh :D Baru lagi.. buleh belek entry2 lama.
ReplyDeletehehe. tak bykpun skolah swasta kat kelate ni. adn sri aman is one of them. ;p memang mengajar skolah ni from beginning eh? igtkan kene keje dgn kpm dulu. bukan mcm tu eh?
ReplyDeleteerr. stakat ni ada yg penah keje dengan kpm, ada yg belum di sini. population yg banyak adalah masuk sini dulu, kemudian ramai berjaya mendapat tempat di kpm. :D but, hope i'm not part of them.
ReplyDelete