Allah bagi kelapangan hati dengan pelbagai cara. Sama juga kesempitan dada ini, mungkin dengan sedikit kejadian boleh menyebabkan kita memilih untuk bereaksi dengan melampau-lampau..
Hari-hari yang masih dikurniakan kehidupan ini ujian. Semua orang sedang menunggu masa untuk berangkat ke daerah abadi. Seorang demi seorang pergi tak kembali. Hanyalah peringatan dan ujian untuk yang masih hidup.
Alahai, kerja yang makin menimbun. Penyukat stress makin naik. Senyuman pun makin payah. Air mata akhirnya gugur. Rasa nak menjerit histeria. OK, tak elok. Itu yang cair jadi air mata. Tiga titik je.
Mulalah nak rasa semua tempat tak ada pintu keluar. Itu pasal ada parents tolong cabutkan pintu pagar sekolah. Sinis.
OK. Serius, rasa tak nak tidur pun, nak setelkan kelemahan diri dulu sebelum tidur. Tapi tertidur dengan kelemahan-kelemahan yang makin melemahkan itu.
Mari kita mencari sumber kelemahan. Masalahnya apa? Anak murid tak belajar. Tengok, disalahkan anak kecil itu pula. Katakan pada diri sendiri. Ini nak mengeluh ni.. Guru tak pandai mengajar. Guru tak pandai kawal kelas. Guru tak komited nak mengajar. Hah, amik! Dush. Dush. Dush!
Jika kita letak masalah pada orang lain, sampai bila pun tak leh nak selesaikan masalah itu. Camne nak ubah orang? Mana boleh ubah orang. Tu semua kuasa Yang Maha Mencipta. Dah, jangan nak jadi Tuhan. Kamu hanya guru!
Sangkut dagu ke meja.
Ubah cara yang sekarang. Kasi upgrade sikit! Maka kenalah buat homework sebelum masuk kelas. Tak gheti-gheti lagi ke?
Apa pun, semua itu hilang bila membaca komen-komen sahabat di FB. Pujian mereka terlalu tinggi. Sedangkan... Apa lagi, bersemangatlah! Yang semalam jadikan guru terbaik untuk esok. Hati telah dilapangkan oleh hamba-hamba Allah yang dikasihi.
Semoga yang semalam tak menghapuskan niat asalmu, srikandi!

No comments:
Post a Comment