Monday, February 6, 2012

Semoga Membina Peribadi

Lama fikir nak letak tajuk apa.  Oh, jangan tengok saja gambar teks selawat itu, marilah kita sama-sama banyakkan selawat terhadap junjungan besar Nabi Muhammad utusan terakhir ummat akhir zaman.

Allahumma Solli a'la Muhammad.

Hari ini, semua kelas yang saya masuk, saya amik masa 5-10 minit untuk berselawat. Cikgu suka, murid-murid terlebih bahagia :)

Homework pertama nak masuk mengajar, ialah menyenaraikan lagu kanak-kanak yang menarik. Punyalah susah, alih-alih hari ini gedebuk kena bayar cash, nyanyi selawat je. Semua anak murid semangat! Manusia yang melupakan kepentingan selawat dalam kehidupan. Yang mengasingkan kasihkan Rasulullah SAW dalam pengajaran dan pembelajaran. Astaghfirullah. Teguran yang sangat bermakna! Moga lebam sampai dalam hati.

Homework kedua, lipat bintang. Ganjaran mengaburi anak-anak murid dengan memberi bintang origami selepas mereka berjaya menyudahkan tugasan dalam kelas. Ada sedikit masalah teknikal, bila sepatutnya anak-murid-siapkan-kerja-baru-cikgu-bagi jadi cikgu-tak-bagi-saya-tak-nak-menulis! Heh. Terduduklah saya membiarkan mereka menyelongkar kotak bintang saya sampai habis. Tak apa. Nanti kita belajar adab meminta izin untuk mengambil barang orang lain. Baru 8 tahun, apa lah yang mereka tahu. Inilah waktu mereka buat salahkan?

Homework terkini adalah persediaan story-telling sebagai set induksi. Mari membelek buku-buku cerita kanak-kanak. Aha, saya jumpa Enid Blyton kat rumah. Kena sekali lagi, cite Nabi Musa dengan Firaun je la dah cukup melopong. Yang suka Ben10, Ultraman, Upin Ipin, sume jadi kalah la! Cite raja yang zalim itu nak bunuh semua bayi lelaki dah cukup membangkitkan semangat murid-muridku.

Subhanallah. Alhamdulillah, Allahu akbar.

Punyalah fikir susah. Komplikated. Tak cukup masa. 

Semuanya dipermudahkan dengan hanya selawat dan kisah-kisah Nabi. Sungguhlah kami tergolong dalam orang yang lalai. Ampuni kami Ya Allah.

Pun begitu, urusan pengurusan masih lagi membebankan. Mesej tak sampai barangkali, bukan tak nak buat, tapi belum fasih dan faqih dalam urusannya. Tak perlu orang lain tolong siapkan kerja saya, yang mana hanya buat saya makin tak pandai dalam urusan sebegitu. Mengapa tidak dengan memberi tunjuk ajar, supaya saya boleh selesai tugasan saya walaupun lambat dan tidak sesempurna sebelum ini. Mengajar itu bekalan untuk yang belajar bukan? 

Sayang, hanya tulis di sini. 

Akhirnya, saya pilih untuk buat apa yang saya tahu dan  mahu sahaja. Tak membina peribadilah sebegini.

No comments:

Post a Comment