Friday, March 2, 2012

Murid-murid dan Saya

Batuk masih berterusan. Dah masuk berminggu tak surut batuk ni. Dah suara tu aset penting seorang guru.. Hmm.. Gimana nih? <- yeye je cuak!

Beberapa perbualan antara saya dengan murid-murid yang comel.

Situasi 1: semasa saya check semua tempat duduk agar bersih dari sampah.
Murid UK: Teacher, Aaron Aziz!
Saya : (tanpa melihat tempat yang dia tunjukkan) Elleh, bukan Maher Zain pun. Irfan Makki ke, Native Deen ke.
Murid UK: Itu Maher Zain! (kebetulan kelas tu ada yang bernama Ahmad Maher)
Saya: (gelak je) Hahaha.

Situasi 2: selepas habis baca doa belajar.
Murid UA: Teacher suka main basikal masa kecik dulu?
Saya: (Angguk.)
Murid UA: Patutla teacher itam kelip.
Saya: (Tepuk dahi) Pasal ape pulak? (Kebetulan memang setiap Selasa jaga kawad kan~)
Murid UA: Ayah kita marah kat kakak kita selalu main basikal. Sampai hitam kelip! (saya gelak dalam hati)

Situasi 3: 
Murid AT: Teacher, nanti kita umur 20 teacher umur berapa.
Saya: 30 rasanya. Kenapa?
Murid AT: Teacher dah kawen belum? Dah ada anak ke belum?
Saya: (kerut dahi dengan soalan pelik semacam ni sambil geleng)
Murid AT: Nanti kita nak jadi menantu teacher la!
OK. Saya gelak tak ingat!

Sebab nikmat suara sedang diujikan, saya lebih banyak menggunakan pendekatan cakap in person je sepanjang minggu ni. Itu yang soalan macam-macam. Heh, wahai batuk cepat pergi, wahai suara kembalilah!

3 comments:

  1. okeh saya gelak gak kat part jadi menantu teacher tu. comel. :D

    ReplyDelete
  2. Arina; dah la batuk xleh nak kontrol, dia buat lawak gitu pulak. gelak tak ingat diri sendiri batuk.

    Pya; Umar Alkhattab, Uthman Affan dan Ali bin Abi Talib :D

    ReplyDelete