Wednesday, May 4, 2011

Duha 110429

Media massa merupakan ledakan informasi yang sangat pantas untuk dewasa ini. Bahkan ia telah menjadi medium utama untuk sesetengah pihak untuk mendapatkan maklumat.

Suatu masa dahulu, hanya suratkhabar dan majalah menjadi penyampai maklumat kepada masyarakat. Oleh disebabkan itu, budaya membaca suratkhabar dan majalah telah disemai dari sekolah rendah untuk memastikan mereka mendapat kesedaran tentang apa yang sedang berlaku di sekeliling mereka di dalam mahupun di luar negara.

Namun begitu, fenomena ini tidak lagi menjadi pemangkin kepada anjakan paradigma anak-anak muda terutama golongan remaja. Pengalaman saya sendiri mengikuti perkembangan dalam negara melalui saluran akhbar utama sentiasa merasa tidak selesa dan mengumpul pelbagai persoalan kepada ibubapa dan orang dewasa. Pernah suatu masa, anak-anak kecil yang sudah mengenal membaca bertanyakan mengapa tilam perlu dimasukkan dalam suratkhabar dan menjadi bahan saksi di mahkamah. Situasi tersebut mungkin bukan satu kepelikan kepada golongan dewasa, tetapi menjadi sesuatu yang kejanggalan untuk kanak-kanak.

Sehingga sekarang, perkara tersebut masih lagi menjadi bahan untuk akhbar harian di negara. Padahal, bahan akhbar adalah salah satu bahan bacaan tambahan untuk para pelajar di sekolah rendah mahupun di peringkat menengah. Galakan untuk membaca akhbar adalah sebahagian usaha golongan pendidik yang ingin melahirkan golongan masyarakat yang prihatin terhadap apa yang berlaku di sekitar mereka dengan harapan, mereka dapat melahirkan sikap bertanggungjawab dalam diri mereka seterusnya mempertahankan tanah air mereka dari terus dibelunggu oleh masalah sosial. 

Apa yang menyedihkan, perkara yang disebutkan sebelum ini tidak berlaku, malah para pelajar semakin mudah untuk mendapatkan maklumat yang tidak sepatutnya di dada-dada akhbar harian. 

Saya sebagai orang muda yang memikirkan nasib generasi akan datang amat berharap akhbar harian dapat menyampaikan informasi yang boleh merangsang intelektual serta menyuburkan rasa peduli masyarakat sejajar dengan impian Wawasan 2020 yang mana dapat melahirkan masyarakat kelas pertama.

Semoga sedikit usaha kita lakukan dikira  amal di sisi Allah.

No comments:

Post a Comment