demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian.
hari ini mata masih dapat melihat. lidah masih bergerak melanggar ruang antara gigi menutur bicara. telinga juga masih mendengar suara-suara dari jauh.
manusia, hati kamu ada apa di dalamnya? ada dendamkah? dendam pada siapa? dendam mengenangkan kekalahan semalam.
jangan begitu, lebih baik didik hati kita mudah memaafkan. lupakan apa yang berlaku. ya, mungkin tidak begitu mudah. tetapi.. cuba imbas kembali pada cerita buah tembikai dan pembeli. apabila, pembeli itu menyalahkan penjual yang menjual buah rosak, si penjual meminta maaf kerana dia tidak tahu buah itu rosak. lalu, dia merujuk kepada pembekal yang memberi bekalan kepadanya. si pembekal pula meminta maaf kerana dia hanya mengambil dari si petani. dia tidak tahu buah itu rosak. si petani dengan jujur mengaku, dia hanya menanam dan menuai hasilnya. bukan dia yang tahu apa yang ada di dalam buah tersebut.
astaghfirullah. tahukah kita ada kuasa yang sebenarnya yang menjaga dan mentadbir segala yang ada di langit dan di bumi ini?
No comments:
Post a Comment