Rakyat Palestine dah bersatu. Pintu Rafah telah dibuka untuk ke Palestine. Berita gembira buat umat islam yang menginginkan ziarah ke Masjid Al-Aqsa.
Masjid Al-Aqsa adalah masjid ketiga yang dijanjikan ganjaran yang hebat selepas Masjid Al-Haram dan Masjid An-Nabawi.
Labbaikallahu malabbaik..
Bilakah akan bertemu ruang untuk ke sana?
Bila rakyat Palestine sudah bersatu, apakah yang berlaku seterusnya? Ben Laden pun telah diumumkan hapus. Apakah propaganda yang menindih umat islam selepas ini?
Mereka sedang merancang. Kita juga merancang. Dan Allah lah khairul maakirin.
Umat di negaraku? Mereka masih saling bertelingkah. Mereka sedang memuji pihak sana dengan 'kejayaan' hapusnya ben laden. Dengan hanya menunjukkan sekeping gambar, mereka meraikan 'kejayaan' mereka. Alangkah hinanya mereka memperlaku umat manusia. Apa mereka kira umat selain mereka tidak dikurniakan otak, akal, mata, telinga dan hati?
Jangan lupa, mereka meletakkan kita tidak sama taraf dengan mereka. Dan, mereka langsung tak menyangka kita juga sebijak mereka. Mereka takkan akui selama-lamanya!
Umat di negaraku? Bahang pilihanraya umum makin dirasai. Masih 3.9 juta orang belum mendaftar agar layak untuk membuang undi. Apakah benar 3.9 sahaja? Atau 9.3 sebenarnya? err.
Kita jangan bersatu. Jika kita bersatu nanti kita akan kerugian. Rugi kerana cita-cita dia sahaja akan tercapai. Rugi kerana cita-cita mereka sahaja akan dibiayai. Rugi kerana kita langsung tak suka kereta mereka. err.
Jika kita bersatu, musuh akan makin berani menentang kita. Jika kita bersatu, kesepaduan menjadi luluh. Jika kita bersatu, umat akan bergaduh.
aah~ Dalam hati masih ada tembok keegoan yang tinggi. Setinggi kay. el. si. si.! Masakan bisa runtuh? Biar akhlak, moral, perpaduan, keharmonian yang runtuh. Ia tak meruntuhkan gahnya kay el si si!
Otak udang!
Suka tengok betapa kita tak sama dengan mereka. Mereka terlalu hebat. Ada kuasa. Ada idea. Mereka guna semua peluang yang ada!
Kesian. lupa agaknya ada kuasa yang Maha Besar. Doa umat yang ditindas amat mendayu-dayu rintihannya semestinya pasti menarik perhatian pada Dia yang Maha Mendengar lagi Maha Memerhati.
erm,tim sepertinya ada perubahan pada penulisan Tim. ~maksud di atas ni tak setuju dgn 1 Malaysia kan? hee...
ReplyDelete