Padahal untuk cikgu ni, kali ke-7 untuk tahun ini. Dush! Dush! Dush!
Memang dah tau, dari awal masuk ngajar lagi, tapi.. tak ada pula arahan dari yang berkenaan. Ingatkan terlepas. Rupanya tak, Rabu dapat arahan untuk pergi. Sebagai yang tak tahu nak kata tak nak, bersiap jugak untuk ke sana.
Cerita minggu ini, cerita air mata. Hah! Tabah sila datang dekat-dekat sikit. Takut mengundang putus asa!
Seperti minggu-minggu lepas, sedang berusaha untuk menjadi guru yang lebih baik dari semalam. Hari Selasa setakat ini memang mengundang perasaan hampa pada diri sendiri selepas keluar dari kelas kesayangan!
Mereka bergaduh lagi. Huuu~ Peraturan yang empat sudah menjadi 7! Rancangan pembelajaran entah terbang ke mana. Semua pelajar saya halau keluar kelas! Berdiri di tengah panas pukul 12. Saya bertanya apakah cita-cita mereka di tengah panas! Yang mahu menjadi pemain bola saya panjangkan masa berpanas! Oh, hati menangis~
Hampa~
Keesokannya, guru-guru senior slow talk dengan saya. Yang saya faham, jangan buat macam tu. Hati saya sebak tiba-tiba. Kebetulan selepas bercakap, saya ada kelas di kelas kesayangan. Saya naik ke bilik guru, dan termenung. Tak tahu nak rancang apa lagi.
Masuk lambat dari biasa. Mereka tak kesah. Berjalan lambat-lambat dengan hati berat. Masuk kelas jugak~ Mereka bising sebising-bisingnya. Yang duduk di depan meja guru bertanya sopan, apa kita nak buat hari ini. Saya berkata padanya, saya hanya mahu mereka diam. Tiada respon yang baik. Tak sampai 10 minit, saya keluar kelas. Bawa semua barang saya.
Maka kelas makin bising. Saya berjalan menonong ke bilik guru.
Saya berhenti. Patah semula ke kelas. Masuk kelas, saya nak marah mereka. Tapi yang keluar, air mata. Waktu itu baru mereka diam. Tercengang-cengang.
Saya kata pada mereka, waktu sekolah dulu saya tak pernah tengok cikgu saya menangis dalam kelas. Tapi saya selalu jugak menangis sebab kena denda. Saya tanya soalan yang sama pada mereka, kenapa datang sekolah? Buat apa datang sekolah? Jawapan mereka satu sahaja. Belajar!
Saya tanya mereka, sekarang ni apa yang berlaku? Siapa yang belajar? Siapa yang tak belajar? Siapa yang tak mengajar? Siapa yang mengajar?
Terkebil-kebil mereka. Kemudian saya suruh mereka buka buku dan salin apa yang saya tulis di depan. Alhamdulillah, mereka boleh menulis dengan senyap di atas kerusi dan kipas dipasang!
Masa mereka menulis, saya memotong kad kecil dan tulis di atas kad tersebut, Thank You For Your Cooperation. Bagi pada semua sebelum keluar kelas. Berebut-rebut diorang!
Semoga harapan masih ada pada mereka.
Cerita ke perkhemahan tahunan pelajar tahun 6 pula, sedikit sebanyak menggembirakan hati saya bila jumpa adik junior. Heh, agak cuak la nak bersama-sama dengan orang yang baru kenal. Dan, saya kena sedar diri yang saya adalah guru baru yang tidak dikenali oleh pelajar tahun 6. Ha ha ha ha ha~
Saya pergi dengan status tidak pasti. Sekejap saya jadi guru kumpulan. Sekejap saya jadi fasi. Sekejap pula saya kena jadi penilai! Err.
Walaupu darjah enam, tapi manjanya. Adoi~ tak menahan. Naik kesian pulak saya. Tambah-tambah pelajar perempuan, geram tau. Heh!
Sebab geramkan pelajar perempuan, saya suruh mereka berlatih kawad bawah MATAHARI. Saya turut sama berjemur menyebabkan MIGRAIN saya menziarahi saya pada waktu saya kena bertugas jadi MC MAJLIS pada malamnya! Kesian. Allah bayar cash kat saya kot.
Apa pun, minggu depan akan busy lagi. Dengan urusan panitia, dan nak cuti gi konvo.
f's: sila bertabah!!
semoga Allah permudahkan semua urusan Ciktim. *big hug*
ReplyDelete