Thursday, February 24, 2011

Duha 110224

peperiksaan pertengahan penggal sudah habis. mohon segalanya berjalan dengan baik.

sedikit sebanyak apa yang berlaku pada kawan-kawan yang belajar di mesir menembak sang hati yang dilanda gejala petanda musim belajar sudah berada di penghujung.

3 minggu ke hadapan, pelbagai kemungkinan boleh berlaku. seperti kawan-kawan yang tinggal hanya satu peperiksaan di universiti iskandariah, yang sudah berada di tahun 6 di universiti mansurah.. 

segala puji bagi Allah yang lebih mengetahui apa yang kita makhluknya tidak ketahui.

mudah-mudahan semuanya dalam kebaikan dan dalam perjalanan menuju kebaikan. mohon tetap hati agar tidak terjebak pada keluh kesah yang berpanjangan.

kerana begitulah hidup ini dijanjikan. bukanlah hanya memenuhi cita-cita peribadi yang disangkakan kejayaan, bahkan lebih dari itu.

semarak perjuangan sang pemuda semakin dilihat dan dirasai di mana-mana. pernahkah terfikir apakah petanda di sebalik segala yang berlaku. kenapa pemuda digeruni? dalam setiap zaman, pemuda menjadi sandaran untuk meneruskan pewarisan kerja. lantas, pemuda acuan bagaimana yang diharap dapat meneruskan urusan pentadbiran dan pengurusan kehidupan ini?

Diriwayatkan dalam sebuah hadis bahawa terdapat tujuh golongan manusia yang dijamin masuk syurga dan akan dilindungi Allah di saat tidak ada lagi pelindung selain Dia, iaitu:
a. Pemimpin yang adil.
b. Seorang pemuda yang hidupnya selalu beribadah kepada Allah.
c. Laki-laki yang hatinya terikat dengan masjid.
d. Dua orang yang saling menyayangi kerana Allah. Bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
e. Seorang laki-laki yang apabila dirayu oleh wanita cantik, berkedudukan dan kaya, ia berkata: “Tidak ... saya takut kepada Allah.”
f. Laki-laki yang bersedekah dengan rahsia, sehingga tangan kirinya tidak mengetahui yang dikeluarkan oleh tangan kanannya.
g. Laki-laki yang berzikir kepada Allah secara sembunyi, air matanya berlinang kerana takut kepada Allah.

harus diingatkan juga di sebalik semangat yang membara dipunyai pemuda, jangan lupa untuk merencahkan setiap laku dengan pengalaman orang-orang dahulu dan ilmu pengetahuan yang luas. lihatlah, di bumi mana sedang diduduki. jangan pakai redah turun ke jalanan, sedangkan ada tanah yang sudah termaktub dengan peraturan dan syarat yang makin ramai pejamkan mata.

mungkin ada jiwa yang hilang suaranya untuk memilih siapa yang dia mahu dan rasakan lebih layak berada di atas. tetapi tidak semua tempat sebegitu. sedang apa yang dipunyai di bumi yang strategik, bukan di lingkaran cincin api, memberikan kelebihan kepada umatnya.

maka apa lagi yang belum dibuat? bersyukur dan bersyukur dan bersyukurlah! jangan terlalu menghitung apa yang belum dipunyai, kerana nikmat yang terbentang terlalu banyak sehingga dikira setiap mata yang berkelip. bersyukur jangan kufur.

Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dari setetes air mani yang bercampur. Kami hendak mengujinya dengan beban perintah dan larangan. Karena itu kami jadikan ia mendengar dan melihat. Sesungguhnya kami telah menunjukinya jalan yang lurus: Ada yang bersyukur, namun ada pula yang kafir. (Al-Insan: 2-3)

Dan ingat pulalah ketika Tuhanmu memberikan pernyataan: "Jika kamu bersyukur pasti Kutambah nikmatKu kepadamu; sebaliknya jika kamu mengingkari nikmat itu, tentu siksaanku lebih dahsyat. (Ibrahim: 7)

Karunia itulah yang disampaikan Allah sebagai berita gembira kepada hamba-hambaNya yang beriman dan mengerjakan kebaikan. Katakanlah: "Aku tidak meminta upah kepadamu atas seruanku ini, kecuali hanya kasih sayang dalam kekeluargaan. Siapa yang mengerjakan kebaikan, Kami lipat gandakan kebaikannya itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Penilai. (Ash-Syura: 23)

Kaum Luthpun telah mendustakan peringatan Tuhan. Kami hembuskan kepada mereka angin puyuh, kecuali kaum keluarga Luth, mereka telah kami selamatkan sebelum fajar menyingsing. Suatu anugrah dari kami. Demikianlah kami memberi ganjaran kepada siapa yang bersyukur. (Al-Qamar: 33-35) 

berbuatlah sesuatu yang menguntungkan dan memberikan manfaat untuk sejagat. semoga dalam keadaan baik semuanya.

No comments:

Post a Comment