Friday, February 25, 2011

Duha 110225

sedikit rasa tidak senang timbul, mengapa kita yang diberi pilihan tetapi masih mengikut perasaan. perasaan yang tidak dikawal dengan kebijaksanaan tetap juga akan merugikan.

di mana kebijaksanaan kalian? kebijaksanaan menyusun strategi. menyusun langkah atau mungkin membina tapak. tidak ke manalah dengan hanya mengikut trend orang sedangkan faktor penyebab berbeza.

iya; ini adalah isu mahasiswa yang menampakkan ketidakmatangan mereka dalam menyampaikan impian mereka. tolonglah mahasiswa, anda adalah pemuda, anda punya semangat. anda harus juga bina kematangan dalam diri anda.

jika membandingkan kita dengan pemuda mesir, anda lebih jauh beruntung dari mereka. 

hei, anda mungkin lupa yang mereka semua ditekan di setiap sudut. mereka bukan hanya orang yang tidak cukup makan, mereka bukan di kalangan orang tidak bekerja. tetapi situasi mereka, mereka ada idea, mereka mempunyai kemahiran dan kelayakan, tetapi kerajaan mereka tidak menyediakan prasarana yang baik untuk mereka.

ada ijazah tetapi tidak boleh bekerja. ketahuilah, mereka di bumi sana adalah lebih baik mereka belajar-belajar dan belajar sehingga menggenggam ph.d kerana fasa pelajar langsung tak sama dengan alam kerja. mahu berniaga tetapi tidak ada tempat untuk meminta lesen perniagaan. apakah semua ini?

inilah adalah kezaliman. jika anda mengetahui bagaimana ibn qayyim menyusun tax tanah yang perlu dikutip dari orang-orang kaya, bagaimana nizam al-mulk al-tusi merancang untuk berlaku adil, memberi hak kepada yang berhak, bagaimana ibn hizam tetap dengan pendiriannya yang pemimpin wajib menyediakan keperluan asas kepada rakyatnya bukan sekadar makanan tetapi makanan yang berkhasiat yang mengenyangkan dan menambah tenaga untuk bekerja. bukan sekadar pakaian, tetapi pakaian yang sesuai dengan musim yang ada di sesebuah tempat. bukan sekadar tempat tinggal, tetapi tempat tinggal yang bebas dari ancaman musuh.

apa yang pemuda hari ini mahukan? keseronokankah? keseronokan melawan, dan keghairahan mengadakan sesuatu yang tidak patut ada? jangan bongkak wahai pemuda. 

kerana setiap masa muda hari ini akan dipersoalkan kelak. ke manakah zaman muda mu dipergunakan. apakah sumbangan tenaga muda mu untuk ummat. 

mahukan perubahan tidak semestinya dimulakan dengan tunjuk perasaan. lebih baik mulakan perubahan dalam diri sendiri. semoga tiap perbuatan dikira amal. semoga tiap pertuturan dikabulkan menjadi doa. semoga setiap langkah yang menapak menjadi pintu-pintu untuk mimpi menjadi realiti!

No comments:

Post a Comment