Thursday, February 10, 2011

Isyak 110209

batu bata yang disusun cantik sehingga terbina bangunan. lantas, sebuah binaan itu bukanlah siap dengan sekelip mata bukan.

dan, meruntuhkan itu lebih mudah kerjanya dari membina. tidak perlu mencabut satu persatu bata tersebut, sekali  bom, bisa hancur semuanya.

begitulah kisahnya tentang pembinaan.

lain ceritanya mengenai penerusan kerja. apalagi mewarisi kerja. kadang-kadang pembaikian perlu dilaksanakan di situ tetapi tidak semestinya menukar segalanya kepada yang baru.

kadang-kadang terkilan dengan segelintir sikap yang sentiasa melihat jiran sebelah mempunyai segalanya. kemudahan, pengurusan dan tenaga kerja. tetapi, kita melihat tanpa mempelajari sesuatu pun tentang mereka.

inna fi dzalika la ayaatin liqaumin yatafakkarun.

kadang-kadang juga timbul rasa muak dengan segelintir manusia yang tidak mahu belajar dari sejarah dan pengalaman. sejarah yang mungkin dilihat sebagai masalah-masalah-masalah. tanpa ada rasa ingin tahu apakah kesilapan dan kekurangan di situ untuk dijadikan pengajaran dan pedoman di masa depan.

inna fi dzalika la ayaatin liqaumin ya'qilun.

No comments:

Post a Comment