Thursday, February 10, 2011

Zhuhur 110208

melihat tuan kedai potostat di sekitar kampus berpakaian biasa, jeans dan kemeja t. kerjanya hanya di dalam kedai potostat, pakai apa sahaja yang selesa. apepon, tahniah tuan! anda berselipar mahal dan kemas dengan kemeja t berkolar! anda nampak hebat!

jika tuan kedai mampu nampak kemas sebegitu, mengapa tidak kita bergelar mahasiswa?

kemudian, leka menunggu waktu surutnya umat manusia di ruang solat, peti masuk menerima pesanan baru. panggilan kursus di hujung minggu ini. ah. sudahnya setiap minggu kedua setiap bulan tiada ruang untuk bersuka ria. terbantut sudah hajat mahu meraikan harinya bahagia mereka di daerah sana. bukan masanya lagi mungkin.

mengingatkan itulah masa bersama. masa mengikat? sesuatu yang menyeronokkan bila dalam perjalanan. pengalaman yang mahal. menguji kesabaran. mungkin memberi pengajaran kepada mereka yang sering berfikir.

apa juga kiri kanan atas dan bawah melanda, bukan selamanya kan? seperti hujan, selepas mendung. seperti pagi menjelma selepas malam.

seperti hujan, ada surutnya.. begitulah indahnya harapan terasa nak dirakamkan.

minggu-minggu terakhir sebagai pelajar, makin hilang fokus. mengenangkan sahabat-sahabat seangkatan yang belajar di mesir, tidak terdetikkah rasa syukur dalam diri mu wahai srikandi? apakah rasanya mereka, yang punya satu dua semester tempoh pengajian berbaki? mampukah mereka bertahan untuk menangguhkan pengajian mereka? Allahu akbar..

benarlah. hidup ini satu perjuangan. jika tidak dengan caranya belajar, hidup mesti diteruskan! hidup penuh dengan perjuangan.

wahai hati-hati yang mencari redha Allah, sedia kuatlah kalian. makin kuatlah kalian! semoga mendapat yang baik-baik.

No comments:

Post a Comment