saya sedang merentas masa. tak pasti ke depan atau ke belakang. sunnah alam, masa mana boleh patah balik. hidup ni jalan sehala.
sepanjang minggu ini, temanya adalah penyesuaian. maha suci Allah. dunia ini sungguh banyak ragam yang belum pernah kutemu. kejutan demi kejutan, hingga perasaan jadi sungguh sepi.
ergh. pernah kutulis perkataan pedihnya-perasaan dalam buku nota, dan dibelek dan dibaca oleh si comel berumur 10 tahun. cikgu sedih ke tulis pedih-pedih ni? kosong. hanya segaris senyuman tak berperisa.
Allah maha besar. besar sungguh amanah ini. berat amat! namun, ini jugalah kemahuan sendiri.
rutin baru, bangun awal, siap keluar dengan ayah. eh, tak! ini rutin 10 tahun lepas yang kembali!
kerana..
tak ingin pun nak cerita. semoga memberikan pengajaran.
kerana kini kukembali ke satu tempat yang pernah kupijak dan mengukir kenangan. menimba ilmu dan berkawan. hari ini, ku berada di sini untuk mencurahkan bakti. dan, maha suci Allah, aku sungguh-sungguh-sungguh rindukan suasana ini. walaupun tiada teman di sisi.
pagi, masa mengaji. pasti mutabaah terjaga! mudah-mudahan. sekiranya kita susah nak membina suasana yang baik, carilah suasana yang boleh menyokong kita. rintihan hati sepanjang hayat, hanya mahu menjadi baik-baik! hanya mahu tidak penat menjadi baik-baik.
cerita yang pasti berwarna-warni, geng ali bin abi talib. mereka sangat comel dan riang-ria seperti hari-hari hari raya. pasti, cerita mereka akan memenuhi coretan di sini. mereka istimewa. belum ada label untuk mereka.
inilah dunia sebenar. soalan kenapa sebelum ini, berakhir dengan petunjuk ini. jangan cepat mengalah. jangan berputus asa. jangan mahu tidak berubah! positif dengan masa depan.
kuatkanlah hamba ya Allah.
f's: bercerita macam tak bercerita. kalau tak faham sila tanya ye ;)
No comments:
Post a Comment