Friday, September 23, 2011

Busy As Bee

Minggu ni, keje 7 hari seminggu. Hujung minggu ni jadi hari bersekolah sempena Majlis Perasmian Surau Ar- Rahman dan Sambutan Hari Raya. Warga guru menjadi super sibuk.

Setiap hari, balik selepas pukul 4 petang. Sampai rumah, asar dah lama. Sekali dah menyandar di kerusi enak Inova, Allahu Allah.. Nikmat yang manakah mahu dilupakan.. Bila dah naik katil lagilah.. Kemalasan meraja diri.

Ingatkan bolehlah pejamkan mata.. rupanya tidak! Pejam je mata, nampak anak-anak murid! Subhanallah! Belum buat apa-apa persediaan untuk mereka! Badan yang lemah minta kerjasama dengan otak, supaya izinkan tubuh ini berehat seketika.

Seperti zaman dengan Anak Singa Pelangi. Perjumpaan hanya seminggu sekali pun memang terbawa-bawa dalam tidur. Apatah lagi dengan anak-anak murid yang 5 hari seminggu jumpa.. Kepala penuh dengan keletah mereka!

Sepertinya, alam penerokaan bersama-sama anak-anak murid ini masih belum berakhir. Setiap kali masuk kelas ada je benda baru berlaku. 

Dan, di kepala ada satu pertanyaan, bagaimana nak mengundang minat belajar dalam jiwa mereka? Gaya cikgu sejati dah..

Sedang warga guru sibuk dengan program Pasca-UPSR, dan majlis hujung minggu ni, anak-anak murid pun sama sibuk dengan guru mereka. Nak kata tak belajar, tugas cikgu mestilah kena mengajar. Makan gaji buta ke?

Method minggu ini, pembelajaran tidak formal. Permainan dalam kelas. Nampak menyeronokkan semua pelajar tapi mengundang resah dalam hati guru yang berusia tiga minggu tunas ni..

Setakat ni, rekod dua pelajar menangis lepas main-main. Macam nak jerit dan hantuk kepala kat dinding zink je. Nak tarik perhatian guru-guru sekalian, kenapa jadi cam ni?

Dua situasi berbeza! Kelas Uthman, main Spelling B[permainan mengeja]. Di pusingan akhir, ditakdirkan, pesertanya seorang lelaki dan perempuan. Hoh! Gamat satu kelas oh. Genderisme! Yang pelajar lelaki punyalah semangat duk sorak kawan dia ni, sampai cuaknya terlebih meter. Maka, si pelajar lelaki itu terpaksa kalah sebab dah lebih masa. Secara tak langsung, dapatlah kemenangan itu kepada pelajar perempuan yang tenang dan sendirian. 

Semasa dia balik ke tempat duduk dia, mukanya merah. Sungguh, saya tak ada idea, apa yang sedang berlaku!

Kejadian kedua, Kelas Umar, saya bawa permainan "Who Stole the Cookie" [permainan jerit-jerit]. Kira mereka main tuduh-tuduh kumpulan lain yang curi biskut. Tiga pusingan habis, satu kumpulan yang asyik kena tuduh. Secara jujur, saya bertanya pada setiap kumpulan, kenapa pilih kumpulan yang sama? Ya Rabbi! Hanya kerana seorang! .. Yang agak mereka tak gemar. Anak tu menangis serta merta! Apa nak buat- apa nak buat!

Sesi membebel! Permainan itu secara berkumpulan, kenapa dia seorang terasa. Saya tanya, kenapa ahli kumpulan lain tak menangis pun? Ada yang jawab, sebab dia tahu, dia bukan seperti yang dikatakan. Maka, tepat saya menembak kepada yang menangis, kalau gitu awak nangis sebab awak memang seperti yang dikatakan? Nasib baik dia geleng.

Sebelum keluar kelas, saya pun acah nga diorang, tak nak dah main, sebab nanti ada orang menangis. Mengeluh diorang! Dan, saya melangkah keluar dengan hampa! Kena usaha lagi!

Ha, kelas kesayangan perlu kesabaran itu namanya, Kelas Ali. Jantung berdebar-debar dengan kelas ini. Nak histeria pun ye jugak! Apa nak buat dengan kelas ini? 

Kebanyakan rakan sekerja senior bagi solusi jadi garang! Oh, saya yang kiut-miut ini mana tabah nak jadi garang! Aha, orang yang kenal saya tahu di mana level garang saya~

Menjadi guru yang penuh perasaan di hati, maka hati jugalah yang melihat kerenah mereka. Mereka bukan tak nak belajar. Mereka sungguh istimewa sebab itu mereka tak boleh nak disuapkan dengan cara biasa. Dan, guru yang comel, sila buat 'kerja-rumah' sebelum masuk kelas!

Tak cukup dengan hanya buku dan silibus yang diberikan untuk mengendalikan mereka. Mungkin lepas ni, saya nak minta dengan guru besar, nak guna laptop dan lcd untuk kelas saya. Boleh je kan?

Dan, selalu ada di kepala saya, saya tak nak ajar takut kepada mereka, lebih daripada itu nilai hormat yang mereka perlu!

3 comments: