Friday, September 16, 2011

Biasakan

Genap dua minggu bergelar guru. Sepanjang minggu ini merupakan minggu penuh debaran bagi warga sekolah disebabkan UPSR. Pengalaman UPSR ni dah hampir 12 tahun berlalu. Dan sudah agak pudar bagaimana perasaannya. Peperiksaan adalah ibarat sepotong kek dalam sebuah kek kehidupan ini. 

Iya, mungkin jika ditanya mengapa mahu menjadi guru.. guru bukan bidangku yang nampak sangat. Jauh terpesong dari bidangku semasa belajar. Lalu, atas dasar apakah guru menjadi pilihanku hari ini?

Dan, aku masih belum berundur selepas dua minggu?

Akan kujawab, atas dasar tanggungjawabku untuk memastikan masa depan generasi akan datang dalam keadaan yang baik. 

Bunyi sungguh keakuan. Keakuan bagi setiap makhluk yang cintakan masa depannya.

Sesungguhnya, tak dapat disembunyikan bahawa aku sungguh rindukan daerah ini. Daerah yang pernah aku duduk dan belajar. Suasananya masih sama, dan sebenarnya lebih baik dari zamanku dulu. Iya, aku nampak juga cabaran yang sejak dari dahulu, masih di situ. 

Dua minggu ini, aku sedang membina diriku yang aku pernah tidak yakin aku mampu lakukan. Kata kuncinya; biasakan.

Setiap pagi, aku akan mengajar Al Quran. Suasana ini aku pernah laluinya selama 9 tahun di suatu masa dulu. Rutin harian. Yang buat diriku sangat dekat dengan Al-Quran dan ingin bersama Al-Quran. Sedihnya, hari ini, aku baru teringat balik. 

Apapun, segala puji bagi Allah, aku dikembalikan kemahuan itu.. walaupun agak lambat, tetapi peluang masih ada kan?

Tugasan kedua penting adalah subjek English. Aku sedang hadam silibus yang perlu kuajar sepanjang 11 minggu ini. Bila dibelek taqwim sekolah, tempoh belajar hanya tinggal 6 minggu sahaja sebelum peperiksaan akhir tahun. Telan air liurku melihat masa yang berbaki. Apakah tujuan pengajaran?

Dua minggu yang baru. Ada rasa indah, ada rasa takut, ada rasa rindu, ada rasa syukur. Tiga kelas yang dibawah kendalianku benar-benar memberikan dimensi berbeza. Seronok dengan mereka. Dan yang penting banyakkan bersabar. Persediaan sebelum ke kelas sangat penting, apatah lagi untuk ke kelas yang semuanya pelajar lelaki.

Setakat ini, aku makin cuba memahami, jika bukan A dalam subjek yang perlu diberikan kepada anak-anak ini, A kepada sikap mereka jauh lagi penting. Dari kelas pertama aku masuk ke kelas itu, sudah empat peraturan yang mereka kena patuh sepanjang aku mengajar.

  1. Minum air hanya sekali. (awalnya, setiap kali mereka sebut, "Teacher, may i drink some water," atau "Uridu an asyribul ma'a," aku benarkan sahaja. Tapi, hasil pemerhatianku [jiwa ekonomis yg belum pudar], selepas diberi minum, mereka makin agresif dan mengurangkan penguasaanku terhadap mereka. Maka, peraturan ini sangat relevan untuk mereka. Dengan harapan, mereka berhati-hati sepanjang kelasku.)
  2. Senyap. (Terutamanya bila nak main Teacher Says [asalnya Simon Says].)
  3. Berakhlak.
  4. Sabar. (Yang ni aku baru je tambah hari Rabu. Sebab mereka bertumbuk dalam kelas selepas main tembak-tembak air dalam kelas. Padahal, aku sendiri keluar kelas ambil sebaldi air nak mandikan mereka, tetapi jika kuteruskan yang itu, pasti mereka lagi gembira. Dan sebab mereka tak faham maksud berakhlak tu.)
Dua minggu empat peraturan dah naik. Harapnya sampai empat ni je. Tak yah bertambah-tambah dah.

Apa yang menyentuh qalbuku sepanjang minggu UPSR ini, aku melihat dengan mata kepalaku bagaimana guru-guru di sini begitu rendah diri dan khusyu' melakukan solat sunat hajat pada anak didik mereka sepanjang peperiksaan berlangsung. Apakah aku telah lupa akan ini, atau aku tidak pernah tahu?

2 comments:

  1. salam blog hopping..

    wow. siap ada yg bertumbuk lagi? hyperactive bebenor student cikgu ni. hehe. semoga menjadi cikgu yang tabah. :)

    ReplyDelete
  2. salam Mr Leprechaun:)
    wah, sudah lama saya tidak berblog hopping!
    -.-" mereka istimewa, salah cara bertumbuk aja lah solution mereka..
    tabah anda diterima. terima kasih :)

    ReplyDelete