Friday, September 9, 2011

Sakit yang Melanda

Junaidi berkata, kenapalah sakit lepas puasa?

Aku berkerut dahi.

Dia menyambung, kalau sakit bulan Ramadhan kan lebih sikit sabar..

Terketuk pintu hati bila mendengar butir bicara si adik yang berumur 11 tahun 7 bulan.


Si adik tak mengapa bertanya kenapa, untuk si kakak yang lebih matang fikirannya, mudah-mudahan berfikiran positif dengan apa jua yang sedang berlaku.

Jangan disalahkan masa, jangan disalahkan sesiapa, bila aturan Yang Maha Atas mahu kita berantakan sebegini, bila-bila juga Dia akan uji kita.

Dalam lelah ini, hati bertanya, bisakah bertahan kesekian kalinya?

No comments:

Post a Comment