Thursday, March 31, 2011

Asr 110330

hati bila mahukan sesuatu, mahu, mahu, mahu sangat! kalau boleh biar datang bergolek, melayang depan mata, jatuh gedebuk macam buah durian.

manusia bila tak punya apa yang diinginkan, berzaman mengungkit. tak dapat lagi ni, tak dapat lagi yang tu, tak dapat lagi yang sana.

bila yang dinakkan sangat dah ada dalam pelukan, selalu dilalaikan.

iman, bila terasa jauhnya iman dalam diri, alangkah manisnya halawatul iman.. boleh masuk syurga.

ukhuwah, bila terasa sepi pada perhubungan, alangkah mesranya bila dapat bertegur sapa untuk seketika. buat menyapu air mata.

duit, bila setiap laku tersekat kerananya, alangkah seronoknya ada pokok duit di mana-mana agar mudah dicapai bila nak diguna.

kiralah.
hitunglah.
apa yang belum dimiliki. belum dipunyai.

tu.. jangan lupa yang ada di sisi. apakah? sengsara? malapetaka? makanan? kawan-kawan?

apa yang kita boleh buat bila ada yang pedulikan kita?
menyorok. *inferior*

bila banyak perkara berlaku serentak,
jumaat dulu tsunami kat aceh.
jumaat dulu gempa di padang.
jumaat dulu tsunami kat jepun.
jumaat lalu gempa di myanmar.
jumaat esok?

mati itu pasti. syurga itu pasti. neraka itu pasti.

hati, mulalah untuk berhati-hati. makin berhati-hati menjaga hati. semoga setiap kepastian ini makin mendekatkan kita pada Rabb. menghilangkan keserabutan yang melanda. malah, makin setia memujiNya atas nikmat rezeki dan kurnianNya.

bukankah menggenggam bintang di langit adalah lambang kemenangan yang bererti?

sungguh beruntung bila mereka menghimpunkan selautan syukurnya.

edited; duha 110331

No comments:

Post a Comment