Wednesday, March 16, 2011

Duha 110313

binalah islam dari dirimu sendiri, semoga kamu merasai islam di mana-mana.

quoted femes saya kira. cuma telah diubah suai oleh saya sendiri. apabila menelusuri sirah pembinaan masjid nabawi iaitu sebahagian dari momen panjang dari hijrah, banyak sebenarnya yang kita sedang lupakan apa sunnah yang ditunjukkan.

suatu hari, si anak yang dari keluarga yang baik-baik telah tiba masanya untuk berada jauh dari keluarganya. saat  sedetik lagi masanya untuk berada di luar, dia mengimbau kenangan selama hampir enam tahun merantau di daerah luar. 

sakit rumah itu pelajaran pertama. bagaimana di saat dia rindukan suara ayahanda membaca ayat-ayat quran sewaktu mereka berjemaah di ruang tamu casa mereka. dia sentiasa merindukan saat-saat dia dan adik beradiknya yang lain saling menguatkan suara bila masanya bertilawah. dan si kecil tampil di celah ramai membawa muqaddam mahu membaca sama. bagaimana setiap kali cuti, mereka akan diprogramkan menghayati alam. ada sahaja aktiviti masuk hutan dianjurkan.

dia rindu saat berbakti kepada bonda. bonda yang bukan sahaja bonda di hatinya. bondanya juga milik pelajarnya. milik masyarakat. saat dia mengemas casa, yang setiap ceruk dijelajah oleh si kecil. dalam hati hanya mendoakan, semoga dengan sedikit bakti ini mampu melapangkan hati bonda yang bakal pulang dengan pelbagai kelelahan. pinggan mangkuk di dapur disusun atur cantek dalam gerobok besar. yang kotor dibasuh. yang busuk dibuang. rutin seorang anak.

bila berada di daerah luar. tidak banyak keterikatan sebenarnya. bagai layang-layang yang masih diikat. tetapi bebas melakukan apa saja tanpa perlu memikirkan sesiapa.

hakikatnya, tidak semua orang dari keluarga sepertinya. ada yang menerima hidayah, menemui kebaikan semasa di sini. fahamkah si dia untuk terus bersama berkerja?

apa jua kebaikan yang dipelajari tiada satu pun bertentangan dengan menghormati ibu bapa. tiada yang bertentangan mengasihani ibu bapa. tiada yang bertentangan dari menggembirakan hati mereka.

selagi mereka tidak menyuruh kepada kemunkaran, mereka adalah aset terbaik untuk kita!

ps; ah, tiba-tiba cerita masjid nabawi terhenti di situ.. sambung kemudian. insya ALlah.

No comments:

Post a Comment