Saturday, March 26, 2011

Zhuhr 110326

pecah juga genangan air mata. walau banyak kali mana sekalipun aku berpesan pada air mata, jangan menitik pada waktu salah, emosi selalu kalah.

menghitung hari bakal meninggal detik-detik sebagai pelajar. dalam hati bercampur baur. mahu terus di sini. mahu setia menjadi pelajar.

apatah lagi warna cerita pengembaraan seorang pelajar seperti aku terlalu berbagai cetakan.

hati sebu. sebu. terharu, pada adik-adik yang mendengar kisahku sebentar tadi. ianya sebuah cerita pengalaman yang tak pernah aku ulang sebelum ini.

sedang mengetuk kepala sendiri, begitu sekali aku memulakan cerita ku di taman ilmu dan budi ini. dari tak kenal sesiapa sehingga dah sampai tak kenal sesiapa lagi.

wahai yang di sekeliling, terima kasih menjaga aku begini.
terima kasih juga buat yang suka memberikan rasa manis dalam diri ini.
terima kasih atas doanya.
banyak sangat sebenarnya aku perolehi, di sebalik perkara-perkara yang tak diingini.
terima kasih atas doanya.
buat yang suka memberi motivasi supaya mencari teman berbicara, aku punya sekarang.

dalam hati, sangat sayangkan di sini.
terlalu indah.
indah ain. indah di mata!

jalan yang panjang yang ku imbas kembali, senyuman untuk mereka dan senyuman menemaniku.

3 comments: