pengajaran besar:
- sebagai tempat taqarrub kepada Allah. lambang ketaqwaan. taqwa asasnya iman.
- sebagai tempat penyatuan umat islam. lambang persaudaraan. ukhuwah asasnya iman.
- piagam madinah. asasnya sebuah negara islam.
begitulah yang tersurat dalam sirah ar-rasul s.a.w. bilamana baginda tiba di madinah, masjid adalah perkara yang pertama dibina. ini kerana, setiap perbuatan dalam hidup kita, perkara yang sebenar dan utama adalah menjadi hamba kepada Rabbnya. masjid yang secara bahasanya bermaksud tempat sujud. tempat sujud hamba kepada Tuhannya.
perbincangan dalam kumpulan menjadi meriah dan gamat apabila semua orang sedang memberikan pandangan bahawa tiada lagi masjid seperti masjid di waktu rasulullah s.a.w. pengajaran yang masih hidup supaya berusaha mengadakannya sekali lagi. Allahu akbar!
alangkah indahnya hidup.. jika amal kita adalah sunnahnya. menjadi alquran bergerak kerana mengamalkan apa yang tercatat dalamnya. jika amal kita adalah sunnahnya, menjadi masjid bergerak kerana menjaga kesucian dalamannya dari segala perkara keji dan mungkar.
lebih dari itu, semoga menjadi penyejuk mata orang di sekeliling. dirasakan kehilangannya bila tiada bertandang. tidak mengundang ketidakselesaan malah sentiasa menjadi rujukan.
No comments:
Post a Comment