Wednesday, March 23, 2011

Kenangan

menikmati hari-harinya sendiri. berjalan sendiri. tersenyum sendiri. mengira sendiri. alangkah sukanya bergembira sendiri.

kerana takut. takut kepada perubahan. takut kepada ditinggalkan. takut berseorangan.

jika dulu ketakutan dan kebimbangan sebegitu telah menyebabkan langkah kaki menemukan mereka. bertemu di tempat bertemu. waktu makan yang gembira. berbalah pendapat tentang drama tv. bersorak gembira melihat bola bersama. dan tak ketinggalan mengutuk kurang sabar makanan yang lambat sampai.

dulu ada mereka. sebahagian mereka yang ada dalam kotak hati ini.

sekarang sendiri. jangan tanya mengapa memilih untuk bersendiri. kerana ditinggalkan. ketinggalan.

senyum. tabah. dalam hati, di tempat ini, rindu merata-rata. bakal merindu lagi taman ilmu dan budi. seluruh isinya.

patah tumbuh hilang berganti. maaf, tidak sudi diganti. biarlah menjadi kenangan indah. diam, lebih baik bukan :)

No comments:

Post a Comment