Sunday, August 21, 2011

Balasan Rant

mula menghitung berapa banyak amal yang menguntungkan. menguntungkan pada masa, pada manfaat dan pada bayaran.

alangkah, jika amal di bulan ramadhan ini bisa dilihatkan ganjarannya berganda-ganda!

ingat lagi pada kos lepas sang pelajar ekonomi. kos lepas tak relevan di bulan ramadhan. sape tak dapat tu maksudnya memang kerugian oh!

banyak orang nak buat sesuatu untuk mendapat ganjaran. mari kita senaraikan ganjaran duniawi yang ada. bekerja untuk dapat gaji. mengasuh kanak-kanak untuk mendapat upah. tolong merewang untuk dapat berkat. pergi kenduri untuk dapat sisa. ah.. jangan nak mengarut tika menulis di bulan-bulan puasa ini..

ye, saya sedang berpuasa. bagaimana kamu?

apa ganjaran orang yang berpuasa? simpan jawapan dulu.. nanti habis ramadhan kita kongsi skema ye.

bagaimana kamu orang yang beribadah? ah, orang beribadah semua ikhlas. Lillahi Taala. Alhamdulillah.

aku bersolat hajat semata-mata untuk lulus periksa. aku bersolat duha semata-mata mahu motor sebiji. aku bersolat istikharah kerana mahukan pilih pasangan yang baik.

ada bau-bau duniawi...

aku pernah menolong umi menjaga adik-adik untuk lulus periksa. aku pernah basuh pinggan-mangkuk untuk lulus periksa. aku pernah buang sampah kerana lulus periksa..

aku tidak pernah belajar untuk lulus periksa..

mungkin tiada orang terlintas untuk berbuat baik dengan adik beradik boleh memberikan sebuah motor untuknya.. sebab dia tidak melihat dari mata bukan manusia. adik-adik yang banyak hal, perlu dipujuk dengan duit. beli air, beli mainan, jajan dan sebagainya. adik-adik yang baik, mendengar kata mengurangkan perbelanjaan yang tidak tercatat di senarai penting belanjawan. mungkin dengan cara duit dapat dijimatkan..

bagaimana kita berangan-angan tanpa usaha?

tak, cerita aku yang nak lulus periksa tuh menipu. dia hanya sesuatu yang keluarganya redha padanya, dan mudah-mudahan Allah juga redha padanya. 

apa lagi yang kita cari dalam hidup ini kalau bukan redha Allah?

No comments:

Post a Comment