Wednesday, August 3, 2011

Diari Ramadhan Ruhul Jadid 2

1. selepas 6 tahun, kitaran hidup berpaling lagi pada tempat bermula. di sisi keluarga. 1 ramadhan yang dah lama dirindukan, Alhamdulillah dah tiba.

2. adinda Muhammad berjaya puasa dengan jayanya pada 1 ramadhan. dia berumur 6 tahun kurang 5 bulan. semangat dia lain macam tengok kakanda-kakandanya barangkali. hari kedua dia tidak bangun sahur, alhamdulillah, pagi ni dia sempat bangun. masa kat meja makan; "mata muhammad takleh bukak ni.." (lmao)

3. rutin ramadhan yang agak berbeza dari ramadhan sebelum ni. kali ni mujahadah lagi kena pantau. dulu, masih bergelar pelajar.. mujahadahnya lain macam, sehingga menitiskan air mata.. mungkin itu yang terbaik pada waktu itu. sekarang, awaslah kamu, jangan ditelan drakula masa!

4. terawih setakat ni, 1 malam 1 tempat. bertukar-tukar setiap malam. di kampus dulu, imam je bertukar setiap malam, tempat sama je. insya Allah, target untuk taaruf dengan orang sebelah kena teruskan. melatih skill kemanusiaan yang makin berkarat.

5. masuk dapur. oh, ini rutin yang sudah tiada sejak 6 tahun lepas. tambah menjadi perlu, bila tukang dapur kami telah meninggal dunia 3 minggu sebelum ramadhan. Allahummaghfirlaha warhamha.

6. pukul 5 masuk dapur. selalunya, sebelum masuk, menu lain dalam kepala. bila dah siap, menu lain yang terhidang. oh, kemahiran memasak yang memang kena sangat-sangat-sangat dipertingkatkan. bonda tengok sekilas pandang pun boleh tegur. (malu). nanti memang kena la ayat-ayat orang pro kat dapur; "tak cukup gandum tu." - masa buat biji nangka. "ni kenapa sayur ni tak potong?"- masa buat sayur air. "tambah gandum lagi." - masa buat jemput pisang. Alhamdulillah, lulus menanak nasi!

7. tadarus al-quran. lagi laju dari tilawah sendiri. adeh. berusaha! berusaha! dulu, selalu dapat tadarus dari kolej. dan tadarus nga adik-beradik usrah. masa duk tadarus nga adik beradik kandung bersama ayahanda, bonda... rindu menjengah pada si sahabat-sahabat yang jauh di mata, dekat di hati. (nangis dalam hati).

8. amalan nawafil lain pun kena usaha jugak. sedekah. sedekah! SEDEKAH! jangan dilupakan.

9. selamat beramal ibadah dan salam mujahadah!

2 comments:

  1. wah awalnye cik tim masuk dapur.huhu.kelate bukk pose kui bpe? btw betul nawafil2 yg lain pn jgn dilupakn kn :) sedekah, infaq etc.

    rindukn tim dari kl ni ha..dgrnye k yam nk turun mgu depan eh.tim ade sekali ke cne?

    ^__^
    slmt menempuh ramadhan dgn senyuman
    uhibbuki fillah

    ReplyDelete
  2. agak awal la.. edisi memasak utk 9 orang makan.. lauk utama dan kuih-muih.. kalo beli kul 630 baru nak tanak nasi..
    insyaAllah, tak gi kot ramadhan ni.. nextweek seminggu ada program.. komitmen dah lekat kat sini :)
    ada kesempatan, kem salam pada bekas murabbiah2 di sana ya. sentuhan mereka insyaAllah ada dlm diri ini :D
    waiyyaki <3

    ReplyDelete