Monday, August 1, 2011

Diari Ramadhan Ruhul Jadid 1

Subhanallah. Alhamdulillah.Allahu akbar!
Ramadhan sudah di ribaan kita.
Semoga Ramadhan kali ini mampu mendasyatkan untuk meraih peribadi luar biasa.
Yang mudah menunaikan solat wajib dan nawafil lain.
Yang ringan untuk bangun sahur.
Yang sedikit tetapi berkhasiat pemakanannya.
Yang terurus masa kehidupannya..
Sungguh yang dirindu sudah di depan mata.
Jangan biarkan ianya hanya sebuah pemandangan seperti di atas kanvas.
Ayuh, sertakan segala laku kita bersama mereka,
sebagai watak yang pejuang.
Pejuang yang inginkan hari ini lebih baik dari semalam.
Pejuang yang ingin merebut semua kebaikan dalam bulan ini.
Pejuang yang sentiasa membersihkan hatinya.
Pejuang yang berkongsi kemewahannya dengan yang kurang bernasib baik.
Semoga kita mampu meraih gelaran muttaqin selepas tempoh sebulan ini.

No comments:

Post a Comment