hari ini meniti usia 24 tahun 1 hari. Allahu Allah, makin mendekati hari pertemuan denganMu.
memang sangat tersentuh ke dasar hati, bila malam keenam aku menjejak ke balaisah di dalam kampung. musalla keenam juga sepanjang ramadhan ini. pintu masuknya menghadap tanah perkuburan. dan, sewaktu azan isyak berkumandang, aku dapat lihat ada orang ramai di sana. mereka sedang menggali kubur. dan itulah tazkirah untuk yang masih diberi nafas.
aduh, bagaimana semangat ramadhan kalian? hari itu pandai-pandai kata kurang berjuang di bulan ini sebab tak lagi bergelar pelajar. nampaknya, semua itu salah! takkan kita ni yang mahu ke syurga dapat bersenang lenang je kan atas muka bumi ni? ujian pasti mendatang. ujian itu tarbiah kehidupan. perjuangan kali ini benar-benar mengusik jiwa.
sangat mencabar, sebab berada dalam lingkungan keluarga sendiri. mana boleh buat ala kadar je. dulu dengan rakan sebilik bolehlah, ada masa kita buat baik, ada masa buat tak tahu. yeah, semua orang ada cara masing-masing yang tak semua kita boleh bertolak ansur. kat rumah, dengan ayahanda bonda, mahu buat tak tahu begitu?
rutinnya, pergi kedai beli lauk basah dan sayur serta bahan masakan lain. err, sejak dari awal dah mula memasak, macam tak nak dah makan makanan beli. lagipun dah 6 tahun duk makan makanan beli dalam polisterin dan plastik. yang mencabarnya nak menjamu 9 orang dalam masa yang sama.kerut dahi oh! ada yang tak suka makan ketam, tak leh makan daging, nak nasi puteh je.. Subhanallah.~ kami berbeza walaupun dari satu rahim yang sama.
yang kecil nak cendol setiap hari, yang mudah merajuk nak akok setiap hari, yang si kakak nak makan mende berbeza setiap hari. yang pening dan penat bondanya.
ya Allah, permudahkanlah urusan orang-orang yang menguruskan makanan berbuka dan sahur. waktu tilawahnya berkurangan di mata manusia, hanya kepadaMu diharapkan dapat mengganjari mereka.
dan, tadarus keluarga lagi laju dari tilawah sendiri. seronok! setiap kali habis terawih yang dari berbeza tempat antara kami, kitorang duduk di ruang tamu untuk tadarus. si adinda yang ke-8 paling kecil. dia belum khatam quran secara berguru, tapi sudah boleh baca sendiri. ada masanya dia terpengaruh dengan kakanda-kakanda yang baca macam-macam lenggok, dia pun turut baca laju... alamatnya menang berpuluh-puluh kali dia langgar mad, baris segala. adindaku, adindaku.
cuma, setakat ni tak bisa bertahan sampai habis. sebab macam-macam. cam hari tu tak sempat makan masa berbuka, pukul 10:30 malam pedih perut. terpaksalah keluar halaqah awal. ada jugak, sebab kena gi cari bahan sahur si kanak-kanak ribena. susu dan sarapan bijirin.
semoga bertahan sehingga akhirnya. bagaimana ramadhan kamu?
No comments:
Post a Comment