Jalan ke Palestin bermula dari 6 Ramadhan dan akan berakhir pada 13 Ramadhan. Setakat ini, kami berpecah empat kumpulan untuk memudahkan bergerak. bergerak mengikut lokaliti masing-masing.
pada keesokan harinya, ada seorang yang sangat bersemangat untuk membawa isu Palestin di kawasan persekitarannya meminta izin untuk menubuhkan kumpulannya di sana. Allahu akbar! padahal waktu itu, adik ini masih berseorangan. Subhanallah, aku kagum pada hamasahnya! sangat. apa mampuku? turun ke tempatnya untuk menggerakkan kumpulannya?
dalam beberapa hari ini, aku punya sebab untuk terus menyala hijau di FB. mungkin hari istimewa itu, si senyum berkata; menunggu orang wish! lebih dari itu untuk minggu ini. memang sedang berkira-kira untuk kurang menyala di FB tapi, update sukarelawan Jalan ke Palestin ada di sana. kenalah manfaatkan. tidak mahu jadi jumud tak bertempat!
ada adik yang demam. belum bermula, besar sungguh ujian untuk mereka. tak kurang juga yang disekat untuk memasuki tempat-tempat tertentu. susahnya nak melayan kerenah birokrasi.
sabar ya adik-adik. ujian ada di mana-mana. mana ada senang nak buat kerja baik. apa lagi tentang isu Palestin yang kurang mendapat perhatian, atau hanya bermusim di mata masyarakat. tak dinafikan juga, kerenah golongan yang mempunyai kepentingan sendiri. sungguh tak faham pada golongan yang menjadikan isu Palestin sebagai isu terpencil. mungkin mereka masih tak faham.
maka, berdoalah. berdoalah pada Tuhan kita, semoga golongan yang secara tidak langsung menyekat usaha ini akan diberi hidayah di kemudian hari. yang penting, kita dah buat bahagian kita, pergi kepadanya. Hasbunallah wani'mal wakeel..
apepon, bila tengok mereka yang lagi muda dariku sedang bersemangat, oh, jadi rindu pada zaman dikala aku seumur mereka. ya, zamanku sudah lepas. walaupun baru beberapa tahun, aku pernah lalu jalan mereka. sedikit tidak banyak.
lagi pula, Ramadhanku sebelum banyak di kampus. hanya satu sejarah hitam yang tetiba teringat, lepas tu, Ramadhan ku sungguh meriah. untuk pengalaman menganjurkan karnival di peringkat negeri, aku ingat meeting sehingga 1-2 pagi itu, rutin. Allahu akbar. rindu zaman itu.. yang penuh bersemangat.
No comments:
Post a Comment