Saturday, April 2, 2011

alfalaq 110402

mari belajar sesuatu.

bunyi kicauan itu sangat dekat. sudah beberapa hari diulit bunyi yang sama. sepanjang hari.

mula-mula terfikir, apakah petanda bunyi ini? twitwit twitwit twitwit. oh, petandanya ada sarang burung di atas siling. maklumlah berada di tingkat paling atas.

si anak buruk akan berterusan berkicau dari awal pagi sehingga maghrib. aha, alunan yang indah sambil melihat langit yang cerah. tetapi, sesuatu yang diperhati mengundang rasa kekaguman, subhanallah.

fitrahnya burung, mereka nomad bukan? berterbangan dari satu tempat ke satu tempat. kata si teman, it's spring time! everyone looking forward for it. err.. ye ke.

subhanallah. subhanallah. subhanallah.

mungkinkah si anak berterusan berkicauan kerana ditinggalkan ibu mereka? sebab bila malam menjelma mereka sangat behave dan tiada bunyi kicauan kedengaran. hanya bunyi main kejar-kejar atas siling tu. main bola sepak agaknya. degung-degang bunyinya, sehingga tengah malam.

alangkah, bila ditinggalkan pastinya si anak tidak merasa selamat kan? barangkali dengan berkicauan sebegitu sedang merintih menunggu si ibu pulang.

sungguh banyak yang tak tahu lagi dengan kejadian alam ini.

mereka sudah mula berpesta bunyi seawal subuh :)

2 comments:

  1. main bola sepak agaknya.

    lol. saya terus bayangkan anak2 burung tuh maen bola sepak, bersame bola yang kecik lagi comel. XD

    ReplyDelete
  2. arina; ehe. main teng-teng pun mungkin. semua pun mungkin, sbb tak tengok sendiri. duk dengar je, kruk krak kuk krak kat atas tu.

    ReplyDelete