janjinya takkan ada berubah. yang tetap takkan berubah. yang berubah hanya sebab. contoh, tempat dan masa. yang tetap? tujuan yang utama.
semalam di sana. bersama mereka. ceritanya begitu.
hari ini di sini. tiada mereka. ceritanya akan menyusul.
jangan bimbang. kerana suatu masa yang disuakan, mereka akan bertemu mereka. saling bertukar rasa rencah dalam perjuangan. menjemput satu nama yang janggal. lagak dan aksinya sama. di sana dan di sini.
bergembiralah! tiada lagi yang akan memerhatikanmu. tipu, Yang Di Atas masih ada di situ.
bergembiralah! tiada lagi yang akan mengherdikmu dengan bahasa kurang menentu. tipu, Yang Mengetahui lebih dasyat teguran dari langit.
bergembiralah! tiada lagi yang akan mengarahmu. tipu, segala suruhan telah tertakluk dalam Kitab Suci.
ikat tali kasut kemas. jom melangkah!
No comments:
Post a Comment