Thursday, April 21, 2011

Detik yang Ditinggalkan iii

ini sebahagian teks ucapan semasa jamuan perpisahan malam itu. bercakap sudah menjadi sebati. bila terbuka sahaja mulut, maka lidah tak bertulang bergerak melantunkan suara. pakai redah melanggar semua hati yang mendengar. err.. mendengar guna hatikah? bukan telinga? err..

kiranya buat teks kerana sudah berpengalaman dengan tingkah diri sendiri. dan melindungi diri sendiri. agar tiada air mata yang gugur. ah. jangan buat drama di tengah ramai. tapi, kenapa suaranya yang keluar tidak selari dengan persiapan?

melihat mereka ramai di depan, mula berpaling muka. menyembunyi titisan mutiara yang mula turun. dugaan apakah ini? jangan tangisi pemergianku..

lalu, butir mata ini ingkar menatap wajah-wajah di sebelah yang sana. terima kasih semuanya. air mata membeku sebegitu.

dan kukatakan dengan penuh cinta. cintaku padaNya. cintaku pada mereka. cintaku pada jalanku. cintaku pada akan datang!

tiada kata yang mampu kuungkapkan di saat akhir begini.. sungguh. rasa tidak mempunyai apa-apa. kerdil. takut!

semasa berada di 120 ribu kaki dari aras laut, terasa penat dan mahu memejamkan mata. subhanallah~ babak-babak itu muncul di layar pandangan. sungguh setiap berlaku ada hikmahnya pada yang sering memerhatikannya.

Titisan air mata menjadi saksi di hari ini,
Ketika & saatnya tiba untuk berpisah sesama kita, 
Kenangan suka & duka, tidak akan dapat ku lupa.. 
Selamat tinggal, selamat berpisah, 
Buat semua yg teristimewa, 
Bersalam-salaman, 
Bermaaf-maafan, 
Dalam dakapan kasih & sayang.
bila dah selamat berada di rumah. buka muka buku. kita sudah berpisah jarak. tersenyum pahit pada kenyataannya. lagi tidak tersangka, mereka menulis sebegini; What Life is all About... dan ini; sign of life.

aku bukan sesiapa. semoga Allah menjaga kamu semua.. kerana aku bakal beralih arah, mencari dan menjaga sesuatu yang baru. doakan aku wahai sahabat.

1 comment:

  1. salam.

    kak Tim, akak tahu tak nape ana tak sedih sangat?
    sebab ana tahu nanti kita akan jumpe jugak! bile2! kat mane2! \^o^/
    sebab jalan kita sama~
    n_n
    doa jadi penguat hubungan ini iAllah.

    ganbatte kudasai!

    p/s: pagi tadi tetibe ternyanyi caller ringtone akak. heh.

    ReplyDelete