Thursday, April 21, 2011

Detik yang Ditinggalkan ii

pelangi. ada tujuh warna pelangi yang indah. aiskrim paddle-pop. sedap. itulah yang tergambar bila menyebut tentang pelangi.

Kumeniti awan yang kelabu Kutempuhi lorong yang berliku Mencari sinar yang menerangi Kegelapanku


Kupercaya pasti suatu masa Sang suria kan menyinar jua Membawa harapan yang menggunung Bersamanya...

Engkau tiba bagaikan pelangi Tak bercahya namun kau berseri Tapi cukup menghiburkan Hati ini

Seharian waktu bersamamu Tak terasa saat yang berlalu Bagai pelangi petang kau kan pasti Pergi jua...

kawan-kawan maya sedang bising cari pelangi. rindu pelangi. pelangi bagiku indah! walaupun sekejap tetap kesannya.. nikmat yang manakah cuba dilupakan?

ada satu tagline yang femes dikalanganku. anak singa pelangi. dalam hati selalu sambung; selalu dekat di hati.

sewaktu sedang menunggu bas. dia datang menghampiriku. sudah mahu berangkat katanya. muka dah basah lencun. tudung dah senget hilang simetri. sedar-sedar sahaja mereka sudah mengelilingi kami. muka basah.

sempat pandang ke langit. kapal terbang sudah silih berganti. panorama yang indah. siiru ala barokatillah. yang sempat tacing sampai ke hujung hati, bila mana tengok the message. babak yang membayangkan bagaimana Rasulullah s.a.w. menghantar empat utusan menyebarkan dakwah islam. sangat bermakna.

muka mereka basah. tetapi mereka tetap bercahaya seperti pelangi yang indah. ya Allah, nikmat ini.. tidak semua orang mampu mendakapnya. walaupun pernah memegang erat mereka dengan tapak tanganku, namun sangat tidak menyedari, bila mereka sudah tidak berada di bawah jagaanku, mereka tetap indah. Engkaulah sebaik-baik penjaga.

ada ucapan terima kasih. ada ucapan maaf. ya Allah, tak mampu. tak layak untuk semua ini..

dan bila ditanya kenapa? kerana aku percayakanmu. jangan letak namaku pada laluan kamu, letaklah, apabila Allah mahu mendidik kita dengan cara begini, Dia akan pasti memberikan kita sebaik-baik hikmah. namaku hanya nak jadi sebab.

No comments:

Post a Comment