bismillahiRrahmaniRrahim.
barang telah siap dibungkus. bilik yang banyak memberi kerehatan ini akan ditinggalkan. kita akan pulang ke tempat yang ditadbir oleh ayah dan umi selepas ini. dalam hati bila melihat bungkusan-bungkusan dan beberapa barang yang masih berselerak penuh ruang, ini gayanya ayah kena buat bilik baru kat rumah. senyum dalam kepala.
bukan tak pernah kemas barang, tapi kali ini memang kemas habis. bungkus dan hantar pulang. kali terakhir bergelar pelajar. menginap sebagai pelajar. sedih tak? err, tidak berapa pasti dengan perasaan. rasa kayu je. peperiksaan masih belum berakhir lagi dalam berkemas ini.
pakaian dirapikan. perlu keluar dari bilik supaya dapat membuat persiapan untuk peperiksaan esok. seorang pelajar sudah semestinya belajar. peperiksaan itu secebis dari laluan sebagai pelajar. hei, pelajar! berusaha. selagi bernama pelajar, belajarlah elok-elok. esok-esok sudah habis, tidak tahu bagaimana corak belajar. err.. tolong bawa hati sekali untuk belajar ya!
di saat akhir begini, pelbagai rasa nak dirasa. akhirnya memilih untuk tidak berperasaan. pejam celik. pejam celik. jangan terasa sukar dengan langkah sebegini. kata sorang teman yang sudah habis, memang begitulah ceritanya orang-orang yang nak grad. oeh.
pun begitu, syukurlah. masih hidup. masih ada peluang untuk berjuang. hidup memang satu perjuangan bukan?
No comments:
Post a Comment