Kawan A: nak tanya pasal lelaki ni, dia akan bagitahu siapa bila dia nak gi jauh?
Kawan S: orang tersayang.
Kawan A: is it?
Kawan S: tak caya sudah.
bila bertanya suka nak meragu-ragukan orang.
Cantik H: doakan aku sekali.
Cantik O: apehal?
Cantik H: pening dengan hidup...
Cantik O: dah namanya hidup. haha.
Cantik H: pilihan yang terlalu banyak sehingga tak tahu yang mana terbaik untuk diri sendiri.
Cantik O: baguslah begitu.
Cantik H: hati tak keruan. tak mampu nak buat keputusan sendiri..
Cantik O: paham. paham. bincang nga sape?
Cantik H: famili suh decide sendiri. org2 dekat belum bagi respon..
Cantik O: pilihan aku hanya satu. tak mudah jugak untuk kamu ya..
Cantik H: ...
bila bercerita hanya untuk memberitahu.
macam baca suratkhabar yang penuh dengan kesakitan. kelukaan. kepedihan. kesedihan. ummat. ada yang membacanya untuk menyelesaikan? pastinya orang itu tidak mampu duduk diam untuk hanya membaca. wahai, kadang-kadang kita perlu peduli supaya tahu apa langkah yang kita mampu pergi selepas ini.
apa lagi jika kita seorang promoter. mahu menjual produk.
jika produk kamu sebatang pensil kayu berwarna hitam, kamu jangan jual pada budak tadika umur 4, 5 tahun. diorang tak akan beli. told ya'~
jika produk kamu sepasang kasut bola, kamu jangan jual pada orang tak ada kaki. camne diorang nak pakai?
tetapi, jika kamu seorang connector, kamu tetap akan pergi promote dekat budak tadika pensil hitam yang tak menarik dan orang tak de kaki pasal kasut bola yang dia tak leh pakai tu.
sebab, kamu nak memperkenalkan diri kamu sebagai penjual pada mereka. nanti dan mudah-mudahan bila kakak si kecil itu nak beli pensil, nama kamu diingati; bila si pelanggan orang tak de kaki nak kasut bola, nama kamu dicari.
ah.
nak buat apa-apa pun kena mula dengan peduli. jika main tak peduli, esok nak exam pun tak ada orang kesah nak study.
lagi kena peduli bila dah ada beban ada bahu. konon kat atas, jangan malas nak turun ke bawah.
ah. seronoknya di atas. nampak langit luaasss! semua bintang mahu digapai.
dum! halilintar membelah langit.
nampak kapal berlabuh di kaki bukit?
nampak piramid gagah berdiri?
nampak tembok china panjang berjela?
siapa punya kerja?
kerja kepala yang suka di atas. bukan yang sakit memerah keringat kudrat sehingga titisan terakhir.. tak mudah jugak di atas. esok kat mahsyar bukannya boleh jawab; watever!, suka atila..
begitulah kuasa peduli. dari sekecil-kecil perbuatan pun kena peduli. sebab
7. Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya.8. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya pula.
kamu peduli, kemudian baru kamu berdiri!
pensil kayu warna hitam? saya nak beli lah heee. :D
ReplyDeletesemoge dipermudahkan segala urusan, Ciktim. <3