baru beberapa hari tak belek blogger, hari ni bukak terasa jakun, eh, salah page ke?
semoga apa yang kita buat dikira amal.- anonimos
tarik nafas, lepas. tarik. lepas.. lagi seminggu genap 3 bulan balik kampung. rekod bulan enam bersih, tiada keluar kawasan. hanya berada di kawasan sendiri.
tugas baru disandang sekarang, pemandu kepada adik-adik yang belum cukup umur. tajdid niat srikandi. ke mana mahu tuju. hari ini terasa rindu pada daerah dulu. rindu pada ahlinya. rindu pada semangatnya. rindu pada diri yang lalu.
berapa lama lagi masa yang diperlukan untuk menyesuaikan diri dengan sekeliling yang baru ni?
buku yang sedang dibaca tak habis-habis lagi, golongan yang gugur di sepanjang jalan dakwah. tulisan fathi yakan ini seolah-olah susunan kepingan puzzle kepada realiti hari ini.
pelajar yang nak periksa, baca buku untuk persediaan untuk jawab soalan. ah. jangan fikir-fikir bukan-bukan. orang baca sign-board sebagai peringatan.
ramadhan makin dekat. sya'ban sepatutnya makin meriah persiapan. secara mata kasar, sedang mengusahakan rumah ini menjadi rumah yang mesra ibadah. semoga. mudah-mudahan.
di waktu-waktu gusar begini, berharap sangat ada yang sudi pimpin diri ini agar tetap di atas jalan lurus. hakikat depan mata, tiada. cabaran buat yang suka bersekelilingkan manusia. bila tiada manusia, rasa goyah sendiri.
nikmat yang mahu dilupakan. alam pembelajaran. seronoknya, buat salah tak mengapa. adat belajar.
sekarang, tiada lagi yg sudi menegur bila ada salah dibuat tanpa sengaja. samaada mereka tak peduli, atau ego sendiri yang meninggi.
dengki, adik-adik bangun pagi pergi ke sekolah.
kita, bangun pagi ke mana?
bila penat kita berehat.. adakah berehat akan bagi kesan yang berkekalan? semoga tidak...

No comments:
Post a Comment