Monday, July 11, 2011

Dhuha 9 Sya'ban

rutin yang berubah selepas bergelar pelajar. tambah pakej sudah-ada-lesen-memandu. hari-hari awal masa mula memandu, si adinda pasti akan berzikir di dalam kereta. err.. selepas beberapa minggu, adinda menegur, " dah pandai jawab telefon dah sekarang.." ok. salah.

pagi ini, perlu menghantar dua adik. 40 minit memandu dicampur dengan jalan sesak di waktu pagi. kemudian terus ke lapangan terbang. ayahanda bakal tiba 15 minit sebelum 9 pagi. alamak, kalau dari sekolah si adinda mana fasih lagi jalan ke lapangan terbang. mula ragu-ragu nak memandu.

alhamdulillah, tidak menemukan jalan yang sesak. kerana sudah mendapat gambaran kawasan sekolah mesti agak sesak pagi-pagi begini.

ada panggilan masuk. kata si pemanggil dia nampak si pemandu yang sedang memandu. err.. ok, kena tipu. oh, jangan bimbang, kali ni, dah pakai alat bebas-tangan. masih menjadi pemandu yang bersopan di jalan raya. aha, jalan ke lapangan terbang adalah seronok untuk dilalui.

tiba awal 20 minit dari masa ayahanda dijangka tiba. kapal terbang mas yang mula tiba. kemudian, air-asia pula mendarat. tidak lama kemudian, fire-fly juga masuk. tidak bertanya ayahanda menaiki yang mana.

hari ini, si puteri kedua berjaya menghantar ayahanda ke pejabat dengan selamat! tahniah! perasaan yang seronok. selama ini ayahanda yang selalu sudi menghantar putera-puterinya ke mana-mana. senyum.

err. menghantar bonda belum pernah. kerana, biasanya bonda akan memandu, puteri kedua akan menumpang. puteri kedua memang penumpang setia kepada bonda! sengih.

mengenangkan poket kosong, terus memandu pulang ke teratak di tepi sungai. puteri kedua yang berfikiran seperti buku panduan belajar memandu, laluan kanan jika hendak memotong. sesudah keluar dari jambatan penting yang di sebelahnya ada tesco, siap sedia mahu memecut di laluan kanan. kereta di hadapan masuk ke laluan kiri sekali. di lorong tengah ada dua kereta yang berlari dalam 50-60 km/j.

sedang elok kelisa kecil dipandu mencecah 70 km/j, kereta saga model lama yang dipandu oleh seorang makcik yang baya bonda, memotong laju kereta di lorong tengah dan menuju tepat ke arah kelisa. pilihan yang ada brek mengejut!

la haula wala quwwata illa billahi aliyil azim...

adakah pemandu ini tidak tahu cara memandu yang selamat? mengapa dia membahayakan diri sendiri? lebih dari itu, mengapa dia membahayakan orang lain?

pun begitu, kalau diikut rasa mahu berlari 100 km/j mengejar si pemandu yang kurang sedar yang dia hampir saja terbabit dalam kemalangan ngeri! ada lagi kereta yang sedang mengekor rapat di belakang. isyarat ke kiri mula di pasang. ah! pergilah laju kamu pergi! jangan lupa bagaimana mahu berhenti di bulatan 50 meter di hadapan.

pengalaman oh. cikgu memandu dulu ada menyebut, bila memandu sila berhati-hati. baiklah cikgu!

3 comments:

  1. T. care Tim...Drive safely... :D

    Aku kalau bawa kete kuca hbs...pahtu kena hon semace...pon pon pon...doa katku deh...hehe

    ReplyDelete
  2. tengkiu cik hanun :D
    awal2 dulu lagi la, mapus smace kelisa.. manual weh.. apepon, aku buleh oyak, prektis mek perfek, saim :D

    ReplyDelete
  3. welcome to the drivers world, mula2 mmg seronok, lama2 penat daa. rekod hari ni macam dah sampai kg dah. anyway, ramai dah menjejaki langkah, min, mun, sape lg nak masuk? silalah :)

    ReplyDelete