Thursday, July 14, 2011

Zhuhr 10 Sya'ban

kalaupun saya mahukan kerajaan sekarang kekal, saya tetap mahukan pilihan raya yg bersih.

apa kata kamu?

lalalala~ saya sudah hilang idea mahu menulis tentang bersih. ada pun mungkin mengenai polisi ekonomi. bagaimana sesebuah kerajaan islam sepatutnya menjaga kebajikan rakyat di tahap paling tip top. melebihi keperluan sendiri. pemerintah sekarang nampak bersungguh dengan usahanya sekarang. tahniah.

dengan mempergunakan media elektronik dengan optimum, saya patut kagum dengan usaha mereka.

mereka akan senang hati bercerita tentang kenaikan gaji dan subsidi dan sebagainya. kami gembira mendengarnya. peniaga lagi gembira.. gaji belum sah lagi naik (bukannya dalam masa seminit mereka bagi duit tu kat orang makan gaji, kena tunggu surat pekeliling sampai ke jabatan masing-masing, kerani-kerani buat semakan untuk orang makan gaji, kena cop orang atas, orang atas lagi.. 6 bulan mungkin..), harga barang dah naik esoknya. terima kasih kerana sentiasa memahami hati rakyat.

kalaupun saya mahu kerajaan sekarang kekal, saya tetap mahukan pilihan raya yang bersih.

sebab, pemimpin yang baik akan naik dengan cara baik dan turun dengan cara baik. susah sangatkah nak jadi baik? kami bukannya buta untuk menilai pemimpin mana yg hanya bercakap dan tidak berbuat apa-apa. jika benar kamu mahu lakukan, bagitahu kami, percaya atau tidak, sokong atau tidak, itu semua dah tertulis di langit.

akhirnya, selepas mendengar kata-kata timbalan perdana menteri, saya setuju dengan tan sri.. semua orang pun nak pilihan raya yang telus dan bersih. jadi, buktikan tiada pihak yang menangguk air yang keruh. buktikanlah!

No comments:

Post a Comment