Mungkin ini Ramadhan terakhir ……….
Ramadhan, tahun 10 hijrah. Berlainan seperti kebiasaannya. Kali ini Jibril
bertadarrus bersama baginda Rasulullah SAW sehingga khatam dua kali bukan
sekali seperti tahun-tahun lalu. Ramadhan kali ini juga berbeza, apabila
baginda Rasulullah SAW beri’tikaf dua puluh malam terakhir yang sebelumnya
hanya sepuluh malam terakhir sahaja.
Sebuah lambaian perpisahan telah datang, dari Rasul tercinta, yang dicintai
sahabat dan umatnya, sementara baginda sendiri juga mencintai mereka. Tetapi
tidak ramai yang dapat merasainya.............bahawa ini Ramadhan yang
terakhir bersama junjungan tercinta.
Semua benda hidup, yang bergerak ataupun diam, sesungguhnya selalu
melambaikan perpisahan, mengalunkan lagu perpisahan. Setiap detik dan setiap
waktu. Seperti sebuah perjalanan yang panjang, sesungguhnya hidup ini ibarat
kereta tua yang tidak pernah tahu bila ia kan berhenti. Ia terus berjalan,
melalui apa sahaja dihadapannya. Sepanjang perjalanan ia pasti kan
melambaikan perpisahan, cuma tidak pasti bila ia akan berakhir. Kita hadir
untuk kembali, kita datang untuk pulang dan kita lahir untuk mati.
Maka dikesempatan yang mulia ini, disaat sumber kekayaan digandakan,
diwaktu kurnia tak setanding dengan bulan yang lain, dimasa taqarrub dengan
Rab bagai tiada penghujung, perlu ada kerisauan dihati
kita................mungkin ini Ramadhan yang terakhir.
“ Kebahagiaan tertinggi adalah panjang umur dalam ketaatan kepada Ilahi”

No comments:
Post a Comment