Marhaban Ya Ramadhan, Marhaban Ya Shahrut Tarbiyyah, Shahrul Maghfirah Wa
Rahmah.....
Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, pada tahun ini, insyaAllah kita akan
bertemu kembali dengan bulan suci Ramadhan.
Tidak terasa, seperti baru kelmarin kita menikmati indahnya bulan puasa.
Tapi bulan mulia ini kini tiba-tiba bakal kembali lagi. Sangat bersyukur
atas nikmat Allah yang memberikan kesempatan untuk meraih pahala dan
kurnianya, InsyaAllah.
¡§ Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan keatas kamu berpuasa
sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa¡¨
(Al-Baqarah : 183)
Bulan Ramadhan adalah bulan ¡¥hadiah¡¦ yang diberikan oleh Allah kepada
hamba-hamba-Nya. Terdapat banyak kelebihan-kelebihan pada bulan ini sehingga
ia juga mendapat jolokan beberapa nama seperti bulan rahmat, bulan
keampunan, bulan al-Qur¡¦an, bulan Taubat, bulan Jihad, bulan Tarbiyyah dan
sebagainya.
Bulan ini seumpama sebuah stesyen yang memberikan bekalan tenaga, keperluan
dan sebagainya untuk menjalani satu perjalanan yang jauh. Dan sudah pastinya
kita mahu menjalani bulan yang penuh keberkatan ini dengan penuh
penghayatan.
Ramai yang memasuki Ramadhan tanpa persiapan. Akibatnya, bulan mulia itu
kerap berlalu tanpa makna. Tiada perubahan diri disana. Apalagi perubahan
yang mampu menyedarkan umat tentang hakikat kemuliaan seorang muttaqin di
sisi Allah SWT.
Ramadhan seharusnya menjadi momentum perubahan. Sebab, inilah waktu yang
tepat bagi setiap peribadi melakukan muhasabah dan taqarrub kepada Allah
SWT.
Rasulullah SAW bersabda:
¡§ Ramai manusia yang berpuasa tetapi tidak mendapatkan sesuatu dari
puasanya selain lapar dan dahaga.¡¨
Bagaimana agar Ramadhan kita lebih bermakna?
1. Fahami keistimewaan-keistimewaan Ramadhan
¡P ¡§ di dalamnya ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan...¡¨
¡P Amal ibadah dibulan ini dinilai lebih tinggi oleh Allah SWT
¡P Bulan shafaat, berkat dan ijabah.
2. Buatlah persiapan.
Buatlah persiapan secara matang agar setiap detik Ramadhan menjadi lebih
bermakna. Persiapan seorang mukmin semestinya meliputi persiapan ruhiyah,
persiapan fizik, persiapan pemahaman juga persiapan material.
Jangan sampai ada waktu yang tidak memiliki nilai ibadah. Itulah prinsip
yang harus dipegang oleh setiap peribadi melewati hari-hari di bulan
Ramadhan. Memantau selalu perkembangan aktiviti kualiti dan kuantiti ibadah
kita. Membuat agenda khusus juga dapat memandu kita dalam beramal.
Lakukanlah persiapan, jangan sampai Ramadhan tahun ini tiada peningkatan
pada diri kita berbanding tahun-tahun lalu........
¡§ Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan kerana iman dan mengharap
pahala (redha Allah), maka diampuni dosa-dosanya yang terdahulu.¡¨ (Hadith
Riwayat Bukhari)

No comments:
Post a Comment